Monday, February 2, 2015

Mission : cari & beli rumah guna pinjaman perumahan kerajaan : Part 1

Pinjaman Perumahan Kerajaan Perbendaharaan Malaysia is the best in the world...
Itu yang aku baca dalam satu blog dalam internet...tapi dalam blog juga ada banyak juga negative comments yang kata prosesnya lambat dan macam-macam issue lagi...tapi bagi aku....as long as we provided and submitted the right documents, should be easier for them to review and speed up the process. Oh yer...yang akan apply nanti wife aku sebab dia kerja gomen, aku kerja swasta

So kat sini aku just nak share aku punya journey membeli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Kalau google dalam internet, ramai juga yang share pengalaman diaorang membeli rumah dengan menggunakan loan kerajaan. Info-info ini telah banyak membantu aku dalam mengetahui selok belok proses membeli rumah guna loan gomen ini. Thanks a lot all the bloggers...

So aku pun nak share jugak pengalaman aku nie, semoga dapat memberi serba sedikit maklumat tambahan dan digunakan sebagai panduan oleh rakan rakan lain pula...sharing is caring..

Ini adalah mission atau criteria aku and wife dalam mencari rumah ini:

1. Jenis rumah : corner lot....anak dah 4 orang...makin membesar...kalau boleh nak ada bilik sorang satu nanti....mula-mula plan nak tinggal kat rumah teres 2 tingkat intermediate yg kami beli few years back di Shah Alam, sekarang disewakan, tapi selepas 10 kali fikir, plan nak cari rumah yang ada extra land yang besar sikit..mana tahu nanti ada rezeki boleh extend rumah tersebut bila anak-anak dah besar boleh buat bilik masing-masing..

2. Kawasan : Shah Alam - first priority, ada jugak tengok2 kat kawasan Bangi etc... Shah Alam nie besar..sampai ke Jalan Kebun area, Bukit Kemuning, Bukit Rimau kami pi survey...budak2 dah boring dalam kereta...siap tanya bila nak beli nie..weekend jer pusing2 cari rumah...contact agent etc
3. Harga : sekitar harga dalam 560k....fuhhhh...cabaran besar nie...kalau survey dalam mudah.my, area Shah Alam, especially 'hot area' Seksyen 7,8,9,10,11,12,13etc...kalau corner lot 700k ++, 800k ++...kalau Bukit Jelutong lagi ler super hot....kalau yang mid-hot around 600k ++..yang dah renovated...yang basic unit maybe less sikit

Some KEY info on Government Loan processes that we need to know, correct if if i'm wrong :

1. Proses apply loan kat BPP Putrajaya cuma akan mula selepas kita dah signed Sales and Purchases Agreement. Kena salinan S&P ni with other supportive documents kat Ketua Jabatan + hardcopy borang permohonan (print out dari website BPP). Maksudnya bila dah jumpa rumah, duit booking mula-mula e.g 2% or 3%  kena keluar poket sendiri, dan duit deposit semasa signed S&P e.g 10% pun dari poket sendiri. Tapi, jika dapat 100% loan, duit ini akan dipulangkan oleh lawyer nanti bila semua process dah selesai.
2. Lawyer - kalau boleh cari lawyer yang dah biasa dengan proses loan government. Yang ini aku cukup risau mula-mula sebab tak tahu kat mana nak cari lawyer yang sesuai. Mujur jumpa dalam satu website after searching a few days yang claimed dia biasa proses government. Tapi kena check betul betul dulu bila start engage lawyer tersebut.
3. Borang permohonan juga cuma boleh hantar selepas dah dapat concern dari pejabat tanah, maksudnya dalam geran title kena tengok ada tulis sekatan atau tak. Biasanya kalau rumah freehold tak ada sekatan, yang leasehold ada sekatan kerajaan negeri, kena apply concern dulu kat pejabat tanah.
3. JPPH - Jumlah loan yang pihak BPP akan bagi bergantung kepada penilaian dari JPPH (Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Hartanah) kawasan tersebut. Contoh kalau kelayakan kita 450k, harga rumah kita beli 440k, penilaian dari JPPH 440k, maka kita akan dapat loan 100% iaitu 440k. So penilaian dari JPPH ini amattttt penting. Kalau penilaian kurang dari harga kita beli, terpaksalah kita top-up balancenya, e.g harga rumah beli 430k, penilaian dari JPPH 410k, walaupun kelayakan kita 450k, pinjaman yang kita akan dapat adalah cuma 410k sahaja, baki 430k-410k = 20k terpaksalah top-up sendiri. So untuk selamat, selepas nego dengan agent atau tuan rumah harga rumah tersebut, sebelum bayar duit booking, better pergi ke JPPH kawasan tersebut untuk tahu anggaran awal penilaian rumah tersebut. Pegawai JPPH tak akan beri exact number penilaian harga rumah tersebut, cuma anggaran awal sahaja based on description e.g nama seksyen, taman, nama jalan etc..Kalau rumah tersebut ada buat renovation kena mention (tetapi renovation yang ada approval dari Majlis Bandaran sahaja yer yang di kira).
4. Insurance - nanti aku update..:)

Mission 1 : Survey Rumah
End Oct 2014,
Aku survey-survey dalam mudah.my, iproperty, propertyguru, filter area Shah Alam, corner lot. Keluar ler listing rumah rumah corner lot kat area Shah Alam....dalam banyak banyak list tu, ..ada a few rumah yang menarik minat aku, print out the details + agent tel number. Ada ler dalam 5-6 rumah yang dalam list. Then aku contact agent salah satu rumah tersebut, setup day and time untuk viewing rumah...hari Sabtu petang 5pm. So hari tersebut aku pun angkut ler wife dan semua budak-budak nak pergi view rumah. Agent nie mula-mula bawa ke satu rumah corner lot, kosong, harga dia cakap owner nak jual 650k, tak ada orang tinggal,.. condition ok, ada renovation dalam tu..tapi kawasan extra land rumah tersebut around 10 feet extra jer....masa view tu anak perempuan aku terkena duri semak samun situ...sampai nak jalan pun tak boleh..kena dukung...huhuhu..bad sign.. :)
Then agent tu bawa pergi satu rumah corner lot lain pulak..tak jauh dari situ. Mula-mula aku and wife tengok rumah dan kawasan sekitar rumah tersebut dah tertarik...hihihihi...tak busy sangat...extra land dlm 20 feet..harga agent cakap 600k....tapi tengok kat luar jer, agent cakap dia tak ada kunci...so aku pun minta agent arrange hari lain untuk view dalam rumah tersebut.