Sunday, February 21, 2016

Sebelum tidur baca....

ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jgn jemu saling mengingat kn

Friday, February 12, 2016

Doa mudah segala urusan

Doa mudah urusan

Drinking 3 drinks burn fat like crazy

DRINKING THESE 3 DRINKS BEFORE GOING TO BED BURNS BELLY FAT LIKE CRAZY

http://www.curejoy.com/content/story/drinking-3-drinks-going-bed-burns-belly-fat-like-crazy/

Thursday, February 11, 2016

Dasyatnya Ayat Al Kausar

.DAHSYATNYA AL-KAUTSAR

Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam Al Qur'an, hanya
mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal
dari sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat dari pada
batu permata yang indah dan cantik.

Rasanya lebih manis dari pada madu, warnanya pula lebih putih
dari pada susu dan lebih wangi dari pada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
SAW, karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2
orang yang dikasihinya, yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak
saudaranya Abu Thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita
amalkan, diantaranya ialah :

1. Ketika hujan, bacalah surah ini dan berdo'a. Insya Allah, do'a kita dikabulkan oleh Allah SWT

2. Ketika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok
di leher. Insya Allah hilangkan rasa dahaga.

3. Ketika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak.
Sapukan air tawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x
pada mata.

4. Ketika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini
10x. Insya Allah, Allah SWT memberi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika kita membaca surah ini 1.000x.
Insya Allah rezeki kita akan bertambah.

6. Jika kita rajin membaca surah ini. Insya Allah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan shalat.

7. Jika ada orang teraniaya dan terpenjara, bacalah surah ini
sebanyak 71x. Insya Allah, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizhalimi.
Rasulallah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1
(satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka
walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia
akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Subhanallah

-----

"Ya Allah, muliakanlah sahabat-sahabat Kami, Berikanlah Kami pasangan yang setia,
mewujudkan keluarga sakinah mawaddah warahmah.
Kelak masukkanlah Kami disurga yang terindah.."

Aamiin Ya Robbal Alamin

************

Kedai air cond baiki

Hari ini, baru teringat ada janji yang belum ditunaikan. Semuanya bermula apabila aircond kereta rosak. Harga baikinya berbeza-beza.

Satu bengkel milik Cina di Jalan Cheras-Kajang bagi harga RM1,300. Dalam masa tiga jam, siap. Satu lagi bengkel juga dimiliki oleh Cina di Bandar Baru Bangi, harganya RM1,700.

Pergi pula ke kedai Melayu, moga-moga harganya lebih murah. Namun hampa. Selepas check, harganya RM1,800. Stok barang ada, empat ke lima jam siap katanya. Mereka semua menyebut masalahnya sama iaitu compressor aircond rosak, perlu tukar.

Nak jadikan cerita, seorang sahabat bagitahu ada seorang pakar baiki aircond iaitu Leong. Saya terus ke bengkel Leong, lokasinya di Puchong. Apabila di’check, masalah aircond kecil saja katanya. Hanya dalam masa 1 jam 30 minit boleh siap.

Akhirnya aircond kembali sejuk.

Sambil test aircond yang baru dibaiki. Leong membawa saya makan di restoran. Kami cerita tentang isu-isu semasa, politik dan agama. Leong seorang yang terbuka dan banyak tahu tentang Islam. Jujur dan amanah sering disebut dalam bual bicaranya.

“Pemimpin perlu jujur dan amanah. Bekerja pun perlu jujur dan amanah,” katanya.

Dia juga sebut tidak dapat fokus pada kerja semenjak ibunya meninggal. Selama 14 tahun dia jaga ibunya yang kena stroke. Saya dapat buat kesimpulan zahirnya Leong seorang yang berprinsip dan baik. Tetapi dalam diri ini masih terlintas,

“Memang Cina begini perangainya. Pelanggan adalah raja yang perlu dijaga hatinya. Selepas ini, tunggulah kau, pasti tinggi dicaj kos baiki aircond tu”.

Selepas makan di restoran, Leong bawa saya ke Masjid Al-Ehsan supaya saya dapat solat zohor berjemaah. Saya seolah-olah bos dan Leong pula pemandu saya. Apatah lagi dia panggil saya ‘Dato’.

“Dato nak ke mana? Masjid ye? Okay, kita ke sana,”.

Bila lagi nak berlagak seperti ‘Dato’? Hehehe!

Bila semuanya selesai, saya ke meja untuk membuat bayaran. Berapa cajnya? Cuba anda teka.

Sepintas lalu, saya lihat macam RM1,900. Bila diperhatikan betul-betul bil yang ditunjukkan oleh pekerjanya, hanya RM190 saja.

Saya terkejut! Bukan RM1,800, bukan RM1,300 dan bukan RM1,700 sebagaimana harga yang ditetapkan di bengkel-bengkel yang lain.

Keluar dari kedainya, Leong tanya saya,

“Berapa ribu ‘Dato’? tanya sambil tersenyum.

Saya tidak tahu nak cakap apa. Hanyak banyak-banyak berterima kasih. Leong sempat lagi merendah diri.

“Saya tak pandai baiki seperti pomen-pomen yang lain. Yang penting aircond kereta ‘Dato’ dah sejuk sekarang,” katanya sambil bersalam dengan saya.

Sebelum berpisah, saya bagitahu Leong, dia seorang yang baik. Saya berjanji akan mempromosikan bengkelnya di Facebook. Itulah janji saya dengan Leong. Hari ini saya tunaikan janji tersebut.

Sahabat-sahabat sekalian, jika aircond rosak, boleh jumpa Leong. Memang RECOMMENDED.

- Rizal Hakimm