Monday, February 2, 2015

Mission : cari & beli rumah guna pinjaman perumahan kerajaan : Part 1

Pinjaman Perumahan Kerajaan Perbendaharaan Malaysia is the best in the world...
Itu yang aku baca dalam satu blog dalam internet...tapi dalam blog juga ada banyak juga negative comments yang kata prosesnya lambat dan macam-macam issue lagi...tapi bagi aku....as long as we provided and submitted the right documents, should be easier for them to review and speed up the process. Oh yer...yang akan apply nanti wife aku sebab dia kerja gomen, aku kerja swasta

So kat sini aku just nak share aku punya journey membeli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Kalau google dalam internet, ramai juga yang share pengalaman diaorang membeli rumah dengan menggunakan loan kerajaan. Info-info ini telah banyak membantu aku dalam mengetahui selok belok proses membeli rumah guna loan gomen ini. Thanks a lot all the bloggers...

So aku pun nak share jugak pengalaman aku nie, semoga dapat memberi serba sedikit maklumat tambahan dan digunakan sebagai panduan oleh rakan rakan lain pula...sharing is caring..

Ini adalah mission atau criteria aku and wife dalam mencari rumah ini:

1. Jenis rumah : corner lot....anak dah 4 orang...makin membesar...kalau boleh nak ada bilik sorang satu nanti....mula-mula plan nak tinggal kat rumah teres 2 tingkat intermediate yg kami beli few years back di Shah Alam, sekarang disewakan, tapi selepas 10 kali fikir, plan nak cari rumah yang ada extra land yang besar sikit..mana tahu nanti ada rezeki boleh extend rumah tersebut bila anak-anak dah besar boleh buat bilik masing-masing..

2. Kawasan : Shah Alam - first priority, ada jugak tengok2 kat kawasan Bangi etc... Shah Alam nie besar..sampai ke Jalan Kebun area, Bukit Kemuning, Bukit Rimau kami pi survey...budak2 dah boring dalam kereta...siap tanya bila nak beli nie..weekend jer pusing2 cari rumah...contact agent etc
3. Harga : sekitar harga dalam 560k....fuhhhh...cabaran besar nie...kalau survey dalam mudah.my, area Shah Alam, especially 'hot area' Seksyen 7,8,9,10,11,12,13etc...kalau corner lot 700k ++, 800k ++...kalau Bukit Jelutong lagi ler super hot....kalau yang mid-hot around 600k ++..yang dah renovated...yang basic unit maybe less sikit

Some KEY info on Government Loan processes that we need to know, correct if if i'm wrong :

1. Proses apply loan kat BPP Putrajaya cuma akan mula selepas kita dah signed Sales and Purchases Agreement. Kena salinan S&P ni with other supportive documents kat Ketua Jabatan + hardcopy borang permohonan (print out dari website BPP). Maksudnya bila dah jumpa rumah, duit booking mula-mula e.g 2% or 3%  kena keluar poket sendiri, dan duit deposit semasa signed S&P e.g 10% pun dari poket sendiri. Tapi, jika dapat 100% loan, duit ini akan dipulangkan oleh lawyer nanti bila semua process dah selesai.
2. Lawyer - kalau boleh cari lawyer yang dah biasa dengan proses loan government. Yang ini aku cukup risau mula-mula sebab tak tahu kat mana nak cari lawyer yang sesuai. Mujur jumpa dalam satu website after searching a few days yang claimed dia biasa proses government. Tapi kena check betul betul dulu bila start engage lawyer tersebut.
3. Borang permohonan juga cuma boleh hantar selepas dah dapat concern dari pejabat tanah, maksudnya dalam geran title kena tengok ada tulis sekatan atau tak. Biasanya kalau rumah freehold tak ada sekatan, yang leasehold ada sekatan kerajaan negeri, kena apply concern dulu kat pejabat tanah.
3. JPPH - Jumlah loan yang pihak BPP akan bagi bergantung kepada penilaian dari JPPH (Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Hartanah) kawasan tersebut. Contoh kalau kelayakan kita 450k, harga rumah kita beli 440k, penilaian dari JPPH 440k, maka kita akan dapat loan 100% iaitu 440k. So penilaian dari JPPH ini amattttt penting. Kalau penilaian kurang dari harga kita beli, terpaksalah kita top-up balancenya, e.g harga rumah beli 430k, penilaian dari JPPH 410k, walaupun kelayakan kita 450k, pinjaman yang kita akan dapat adalah cuma 410k sahaja, baki 430k-410k = 20k terpaksalah top-up sendiri. So untuk selamat, selepas nego dengan agent atau tuan rumah harga rumah tersebut, sebelum bayar duit booking, better pergi ke JPPH kawasan tersebut untuk tahu anggaran awal penilaian rumah tersebut. Pegawai JPPH tak akan beri exact number penilaian harga rumah tersebut, cuma anggaran awal sahaja based on description e.g nama seksyen, taman, nama jalan etc..Kalau rumah tersebut ada buat renovation kena mention (tetapi renovation yang ada approval dari Majlis Bandaran sahaja yer yang di kira).
4. Insurance - nanti aku update..:)

Mission 1 : Survey Rumah
End Oct 2014,
Aku survey-survey dalam mudah.my, iproperty, propertyguru, filter area Shah Alam, corner lot. Keluar ler listing rumah rumah corner lot kat area Shah Alam....dalam banyak banyak list tu, ..ada a few rumah yang menarik minat aku, print out the details + agent tel number. Ada ler dalam 5-6 rumah yang dalam list. Then aku contact agent salah satu rumah tersebut, setup day and time untuk viewing rumah...hari Sabtu petang 5pm. So hari tersebut aku pun angkut ler wife dan semua budak-budak nak pergi view rumah. Agent nie mula-mula bawa ke satu rumah corner lot, kosong, harga dia cakap owner nak jual 650k, tak ada orang tinggal,.. condition ok, ada renovation dalam tu..tapi kawasan extra land rumah tersebut around 10 feet extra jer....masa view tu anak perempuan aku terkena duri semak samun situ...sampai nak jalan pun tak boleh..kena dukung...huhuhu..bad sign.. :)
Then agent tu bawa pergi satu rumah corner lot lain pulak..tak jauh dari situ. Mula-mula aku and wife tengok rumah dan kawasan sekitar rumah tersebut dah tertarik...hihihihi...tak busy sangat...extra land dlm 20 feet..harga agent cakap 600k....tapi tengok kat luar jer, agent cakap dia tak ada kunci...so aku pun minta agent arrange hari lain untuk view dalam rumah tersebut.




Monday, January 12, 2015

Blog Hartanah

khairulnawawi.blogspot.com


Iklan Mudah.my Rumah Sewa Seksyen 13

date : 12 Nov 2014

Seksyen 13 Shah Alam (Double Storey house)

List-ID: 31111913
12 Nov 23:59

Advertiser Says

Shah Alam, Section 13, Jalan Bolasepak, 2sty house 4r 3b for Rent.

Near:
- Shah Alam Stadium, Giant, Tesco
- MSU, PTPL,Politeknik
- Komuter, Pizza Hut, KFC, Burger King

Partially Furnished:
- With fully extended kitchen
- Built-in kitchen cabinet
- Fan and lightings
- Plaster ceiling
- Wardrobe

Easy Access :
- PLUS/NKVE Toll Shah Alam
- Federal Highway
- Guthrie Highway
- Kesas
- Glenmarie/Subang Airport

For more information, please CALL/SMS/Whatsapp owner  at 012-xxxxxx

Availability :
December 2014 (1st come 1st serve basis)

Rental : RM1700
Deposit : 2+1 and utilities (500)

Thursday, November 6, 2014

Kencing Manis : daun belimbing


shared from facebook : 7/11/14.



sedikit perkongsian :
nenek isteri saya baru meninggal dunia dlm usia 95?tahun pkul 6 ptg khamis dan telah selamat dikebumikan pd pagi jumaat ( 19.9.2014 )
sambil2 menunggu persiapan pengkebumian , sempat dgr org2 tua bercerita.
cerita yg paling menarik ialah diceritakan oleh seorang pakcik yg dia baru sembuh dr penyakit kencing manis yg kronik dan kakinya dah hampir dipotong sbb dah memburuk. dlm masa seminggu dia amalkan minum air rebusan daun belimbing + daun sup. alhamdulillah lukanya mula mengering dan akhirnya sembuh sepenuhnya dari kencing manis.
caranya :
ambil agak2 segantang daun belimbing dan seikat daun sup ( rm1-2 shj ). direbus sehingga air menjadi hijau pekat. air td dibuat 5 botol besar mineral ( 1.5l ) dan diminum sebotol sehari. bila dah abis, buat lg dgn daun yg baru.. menurut pakcik in td doktor pun hairan bila kakinya yg dah hampir dipotong itu menyembuh dgn cepat.
boleh diamalkan kpd yg ada kencing manis.


Comments:


ni testimoni kawan saya yg lain yg mana kaki suaminya hampir dipotong telah mula sembuh setelah amal cara ini.
‎محمد حتى عبدالوهاب‎'s photo.



Tuesday, November 4, 2014

Kisah Inspirasi Usahawan, Memang Berbaloi Baca

http://www.lemonpic.com/kisah-inspirasi-usahawan-bella-ammara/


Kisah Inspirasi Usahawan, Memang Berbaloi Baca

carl
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.
Saya bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa saya bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist – Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah. Kimia mengajar saya untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti as a chemist kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.

 Saya berhenti.
Saya join banking sebab saya nak tau apa bank buat. Dalam kajian saya – ‘Banking System’ adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Saya join bank as ‘Gold Trader’. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka – ‘Fractional Reserve System’. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Saya kerja sampai saya sampai matlamat saya – no.1 Gold Trader di bank tersebut.

Alhamdulillah saya dapat dan terus berhenti. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.

July 2012 saya bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit kawin? ZERO. Kerana saya percaya Allah itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Saya gamble. Dan saya pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat Melayu kita? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding Melayu kita. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa saya tak buat loan bank? Sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri (cash),

Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri di Setapak dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya.

Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang saya nak cakap. Dunia makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan ‘hanya makan gaji’ & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Saya tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku saya. Jumpa saya. Saya share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?

HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
……………………
Hari ini 6 September 2014
Alhamdulilah.
1. Production 10 kali ganda sebulan dari tahun lepas.
2. Berjaya buat brands lain – Pudore dan Osra
3. Berjaya mempunyai studio photography sendiri.
4. Berjaya buka Bella Ammara Shah Alam.
5. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit.
Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.


Apek Cina Buka Rahsia Untung Berniaga


Apek Cina Buka Rahsia Untung Berniaga

kedai
Aku > Tokey, you buka kedai perabot ni
boleh untung ka dalam kampung ?
You ambik 4 pintu maa, atas bawah.
Sewa mau RM12,000 lorh sebulan.
Tokey > Antara banglo RM400k VS Kedai RM600k,
mana menjadi rebutan ?
Chinese will strive for Kedai RM600k .
Tokey > Beli kedai ini macam pasang jerat maa.
Ada hari tak dapat hasil,
sekali dapat hasil, makannya sedap.
Jerat yang bagus tahannya di kawasan laluan haiwan.
Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai-kedai
atau di tengah bandar.

==============================
Taktikal seorang tokey membeli kedai.
” Biar rumah kecik , dudukd dalam store pun tak mengapa !
Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa ! ”
1- Beli kedai nisbah 3.
Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan,
beli 3 kedai sekaligus dalam kawasan yang sama.
– 1 kedai untuk meniaga sendiri
– 2 kedai untuk disewakan kepada orang lain.
2- Matematik tokey tu ajar aku tadi :
Harga Kedai = RM400k per unit.
3 Kedai = RM1.2juta
Montly payment : RM8,000 x 20 tahun.
2 kedai disewakan pada harga bulanan RM4000.
Maka total sewaan = RM8000 guna untuk bayar bank.
Ingat, sewaan meningkat setiap perjanjian 2 tahun.
1 kedai yang guna untuk buat business ?
Duit lebih bayar kat bank, duit lebih simpan
untuk beli jerat baru !
3- Make your account strong.
2 kedai disewakan, 1 kedai guna untuk niaga sendiri.
Memang akaun nampak strong untuk
apply loan beli kedai kedai di gugusan
perniagaan yang lain.
4- Networking Business.
Takdak duit nak ambik kedai ?
Suruh bapak saudara you yang kerja kerajaan
pergi ambik beli itu kedai,
you masuk buat niaga dalam itu.
Bapak saudara kena bayar bank RM5000 sebulan,
You bayar sama dia RM7000 laa.
Kasi sikit sama diaa.
5- Adik beradik yang bekerjasama
Dalam family, mesti ada orang yang kerja kerajaan,
atau orang yang kerjanya mudah buat loan.
Sewa kedai dari adik beradik ja,
Duit pusing sama-sama kita maa.
Abang saya beli kedai, dan sewakan pada kami adik adik.
Kami adik adik masuk buat niaga maa.
Duit naiga kasi bayar sama loan abang la.
Masing masing jaga laa.
Takkan adik beradik sendiri pun you mau tikam ?
takkan adik beradik sendiri pun you mau hentam kasi makan ?
==============================
Diluar sana, ada pelbagai taktik dan teknik
jalan niaga yang dibuat oleh orang lain.
Stay hunger, stay foolish.
Tak rugi menyapa seorang Pakcik Chinese
yang kerja sebagai kelindan lori cuma.
Pasti ada cerita menarik untuk aku ambik manfaat.
Disebabkan tokey Chinese tu ajar aku ilmu niaga,
asalnya nak beli barang total kos RM1000 sahaja,
sudah beli berlebih lebih 3 kali ganda.
Money is NOTHING,
Knowledge is EVERYTHING.