HUKUM BELAJAR ILMU TAJWID & ASAS TAJWID cont
Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk bacaan yang telah
ditentukan. Membaca Al-Qur’an sebagaimana bacaan sewaktu mula-mula
diturunkan, Wajib
hukumnya. Membaca Al-qur’an tidak sebagaimana bacaan waktu pertama kali
diturunkan, haram hukumnya.
Tajwid adalah disiplin ilmu yang dibuat untuk mengajar
pembaca, agar dapat membaca Al-Quran sesuai dengan contoh bacaan Rasulullah SAW.
Oleh kerana itu, mempraktikkan tajwid, hukumnya adalah fardhu ‘ain. Setiap orang
yang membaca Alqur’an, tanpa kecuali, harus mempraktikkan tajwidnya. Menguasai
teori berupa penamaan hukum-hukum tajwid, hukumnya adalah fardhu kifayah.
Oleh itu, adalah HARAM bagi orang yang
telah mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam
bacaan. Bagi orang yang tidak mempelajari ilmu tajwid maka wajiblah ia belajar untuk menghindarkan
dirinya daripada berterusan melakukan kesalahan
tersebut.
Dewasa ini ramai dikalangan umat islam yang boleh
membaca al-quran tetapi tidak mengetahui adakah bacaannya betul mengikut tajwid.
Mereka harus mengkaji semula bacaan mereka, Kesalahan yang kecil selalu diambil
mudah sedangkan ianya boleh mengubah makna asalnya. Kesalahan tersembunyi
seperti meninggalkan izhar, idgham, ikhfa', ghunnah, mad pendek serta
panjangnya, tafkhim, tarqiq atau kata lain sengaja mengabaikan hukum tajwid
secara sedar atau tidak sering terjadi dalam pembacaan
mereka.
Hukum melakukan kesalahan tersembunyi seperti ini dalam
bacaan, adalah haram jika dilakukan dengan sengaja atau mempermudahkannya.
Sebahagian Ulama menghukumkannya sebagai Makruh.
Membaca Alqur’an dengan bertajwid hukumnya fardhu ‘ain.
Pendapat tersebut didasarkan pada dalil sebagai
berikut:
Firman Allah SWT: “Bacalah Alqur’an itu dengan tartil. (Q. S.
Al-Muzzammil (73) : 4) Hadis riwayat Abu Umamah al-Bahili r.a, di mana Nabi
s.a.w bersabda: Maksudnya" Bacalah Quran, maka
sesungguhnya dia akan datang di hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada
pembacanya..." (Hadis ke 1338 Sahih Muslim)
PERHATIAN: Apabila sudah mahir dengan tajwid, belajar pula tentang makna isi kalam suci dari ALLAH SWT ini, supaya amalan membaca menjadi lebih kusyuk dan lebih memberi pengertian sebenarnya.
PERHATIAN: Apabila sudah mahir dengan tajwid, belajar pula tentang makna isi kalam suci dari ALLAH SWT ini, supaya amalan membaca menjadi lebih kusyuk dan lebih memberi pengertian sebenarnya.
Cara
Sebutan Asas Huruf Arab (Makhraj)
- Alif - Membuka bibir dan belakang hujung lidah dilengkungkan kegusi hadapan
- Baa - Merapatkan kedua bibir
- Taa - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Tha - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Jim - Tengah lidah ditekan ke lelangit
- Ha - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
- Kho - Mengangkat belakang lidah hingga bersambung ke lelangit lembut
- Dal - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Zhal - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Ro - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan dengan bergetar
- Zai - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Sin - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Syin - Tengah lidah ditekan ke lelangit
- Sod - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
- Dhod - Melekatkan permulaan lidah dengan gusi dan gigi atas
- Tho - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
- Dho - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
- Ain - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
- Ghain - Mengangkat belakang lidah sehingga bersambung ke lelangit lembut
- Fa - Permukaan bibir bawah ditekan kehujung gigi kacip atas
- Khob - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak
- Kaf -Pangkal lidah ditekan ke lelangit belakang
- Lam - Bahagian depan lidah ditekan ke gusi hadapan
- Mim - Merapatkan dua bibir dengan merendahkan tutupan
- Nun- Hujung lidah ditekan kegusi hadapan
- Wau - Membulatkan dua bibir
- Ha - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
- Lam Alif - Menyambungkan sisi lidah dengan gusi
- Hamza - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
- Ya - Tengah lidah ditekan ke lelangit
Sifat Huruf
Ciri-ciri huruf Arab mempunyai berbagai sifat, iaitu
bentuk sesuatu huruf. mengetahui sifatnya akan dapat mengenal dan membezakan
keadaan sebutannya samaada melantun atau berdesir dan sebutan tebal atau
nipis.
Sifat-sifat hurufnya mempunyai lawan atau bandingannya
dan ada yang tiada lawannya :
- Jahr (Nyata) huruf Sha lawannya Hams (senyap) huruf Ha
- Shiddah/Syadid huruf Bha (Kuat) & Tawassut (pertengahan) huruf Lam lawannya Rakhawah (Lembut) huruf Ha
- Istila' (tinggi) huruf Tho lawannya Istifal (Merendah) huruf Bha
- Itbaq (Menghimpit) huruf Dhod Lawannya Infitah (Renggang) huruf Bha
- Izlaq (Lancar) huruf Nun Lawannya Ismat (Tertegah-tersekat sekat) huruf Tha
- Sofir (Siulan/Berdesir) huruf Zai
- Mahmus (Berangin) syin
- Tafasysyi (Semburan) huruf Syin
- Istitolah (Memanjang) huruf Shod
- Inhiraf (Lencungan/gulung) huruf Lam
- Takrir (Getaran) huruf Ro
- Ghunnah (Dengung)
- Qalqalah (Pantulan) huruf Khob
- Lin (Lembut) Ya & amp; Wau
ASAS TAJWID
Belajar asas tajwid ini adalah
sekadar untuk ingatan penulis mengenai hukum dan pembahagian tajwid sahaja,
ianya sebagai nota peribadi untuk menjadi rujukan, boleh dikongsi dengan para
pembaca dan disarankan sebaiknya hendaklah belajar ilmu tajwid ini berguru
secara ber 'Talaqqi'. Jika ada kesalahan fakta tolong ditunjukkan. Penulis pun
dalam perjalanan untuk mempelajari ilmu tajwid
ini.
Isti'azah &
Basmalah
Setiap kali ingin memulakan bacaan Alquran hendaklah
membaca Isti'azah iaitu lafaz:
A'u zubillah hismina
syaitonnirrajim.
Maksudnya" Aku
berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang
direjam"
Hukum membacanya adalah sunat yang
dituntut
Basmalah adalah ringkasan dari
lafaz:
Bismillah hirahmannir rahim Maksudnya " Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha
Penyayang"
Para Surrah bersepakat dalam menetapkan pembacaan
Basmallah dalam memulakan awal surah dan antara dua surah adalah wajib kecuali
surah At-Taubah. Ianya adalah sunnah Rasullulah.
HUKUM
TAJWID
HUKUM NUN
SAKINAH & TANWIN
Nun Sakinah adalah nun sukun yang tidak berbaris iaitu
Nun Mati. Tanwin adalah baris dua samaada baris dua diatas, dibawah atau
didepan. Terdapat 6 hukum Nun Sakinah iaitu:
1. Izhar
Halqi. (Izhar-Jelas)
Apabila Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf izhar
halqi, cara bacaannya hendaklah jelas tanpa dengung. Huruf izhar halqi adalah:
Ho, Ain, Ha, Qhin & Hamzah.
2. Idgham Maal
Ghunnah. (Idgham-Gabungan &
Ghunnah-Dengung)
Bilamana Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf Nun,
Mim, Wau dan Ya, bacaanya di dengungkan.
3. Idgham Bila
Ghunnah.
Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Ra dan Lam,
bacaannya tidak didengungkan.
4. Izhar
Mutlaq.
Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Ya dan Wau
dalam satu kalimah bacaan hendaklah jelas dan nyata tanpa
dengung.
5. Iqlab. (Tukar)
Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Bha (ada tanda Mim kecil ) maka Nun ditukar
menjadi bunyi Mim secara IKHFA (Samar dan
Tersembunyi) dengan dengung.
6. Ikhfa
Haqiqi
(Ikhfa-Sembunyi &
Haqiqi bunyi dari kerongkong).
Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu 15 huruf iaitu
selain 6 huruf Izhar, 6 huruf Idgham dan 1 huruf Iqlab iaitu Tha, Jim, Dal,
Zhal, Zhai, Sin, Syin, Shod, Dhod, Tho, Dho, Fha, Khob dan Khab, sebutan
hendaklah secara Izhar (Jelas) dan
Idgham berserta dengung. Ikhfa Haqiqi terdiri dari 3 jenis
:
- Ikhfa Haqiqi Kubra (Tinggi) - (hurufnya Tha,Zal,Tho) Idgham
- Ikhfa Haqiqi Sugra (Rendah) (hurufnya Khab dan Khob) Izhar
- Ikhfa Haqiqi Wusta (Sederhana) (hurufnya Sha, Jim, Zha, Zhai, Sin, Syin, Shod, Dhod, Tho dan Faa.
Tanwin Bertemu Hamzah
Wasal
(Wasal bermaksud -menyambung bacaan, mempunyai tanda hamzah kecil di atas)
(Wasal bermaksud -menyambung bacaan, mempunyai tanda hamzah kecil di atas)
Cara membaca dengan menambah Nun baris bawah (kasrah) sebelum hamzah
wasal
HUKUM MIM
SAKINAH.
Mim Sakinah ialah Mim tidak
berbaris atau Mim
Mati.
Idgham
Syafawi. (Syafawi-Bibir)
Apabila huruf Mim Mati bertemu dengan huruf Mim berbaris hendaklah
didengungkan.
Ikhfa
Syafawi.
Bilamana huruf Mim mati bertemu huruf Bha, bacaannya
hendaklah didengungkan dengan sebutan Mim dibunyikan sebahagiannya sahaja (Ikhfa-tersembunyi-tidak jelas-caranya dengan
merenggangkan sedikit bibir)
Izhar
Syafawi.
Apabila huruf Mim mati bertemu huruf selain Mim dan Bha
cara bacaannya hendaklah jelas tanpa dengung.
Izhar Syafawi
Asyad.
Bilamana Mim mati bertemu huruf Wau dan Fha, bacaanya
adalah secara Izhar tiada dengung.
HUKUM NUN
DAN MIM BERSABDU SERTA HUKUM AL GHUNNAH
(Dengung-Suara Sengau
dari pangkal hidung)
Kadar harakat suara dengung dari Nun dan Mim Sakinah
adalah 2 Harakat
Wajibal
Ghunnah.
Setiap huruf Mim atau Nun yang bersabdu wajib
didengungkan dengan sempurna 2 Harakat
IZHAR
QAMARI (Alif Lam Qamariah) dan IDGHAM SYAMSI (Alif Lam
Syamsiah).
Izhar Qamari (Alif
Lam Qamariyyah).
Mensukunkan bacaan Lam pada huruf Alif Lam bila bertemu
huruf Qamariyyah (ada tanda Shod kecil diatas
Alif) Cara bacaannya hendaklah secara Izhar (jelas) huruf Qamariyah adalah Alif, Bha,
Ghain, Ha, Jim, Khab, Wau, Ho, Khob, Ya, Mim dan
Ha.
Idgham
Syamsi (Alif Lam
Syamsiyyah).
Menggabungkan huruf Alif Lam ke 14 huruf Syamsiyyah
yang didatangkan sebelumnya (ada tanda shod
kecil pada huruf Alif) . Cara bacaannya adalah menggabungkan bunyi Lam
kedalam ayat shamsiyyah selepasnya dan mengabaikan bunyi
Lam.
Lam
Aaliyyah.
Huruf Lam asal, Cara bacaanya adalah Izhar (jelas) menjelaskan Lam
Sukun.
MAD
Mad adalah bermaksud menambah atau memanjangkan suara
pada huruf-huruf Mad atau huruf-huruf Lin. Kadar Mad disebut sebagai Harakat (tempoh), boleh dikadarkan dengan menggunakan
jari yang digenggam dan melepaskan satu persatu jari sebagai tanda satu jari
satu harakat. Mad terbahagi kepada 2 iaitu Mad Asli & Mad
Far'ie.
MAD ASLI (Mad Tabi'e).
Mad Asli bermaksud Asal-tidak terikat dengan sebarang
sebab samaada hamzah atau sukun.
Mad Asli ialah huruf mad yang didahului oleh huruf
berbaris:
- Alif sebelumnya berbaris atas. Kadar bacaanya 2 harakat (kadar melepaskan 2 jari)
- Wau sebelumnya berbaris depan. Kadar bacaan 2 harakat
- Ya sebelumnya berbaris bawah. Kadar bacaannya 2 harakat
MAD 'IWADH (Ganti).
Ianya terjadi apabila berhenti bacaan (Wakaf) pada baris Tanwin fathat (Baris dua) ketika ini baris dua dibaca dengan
baris satu dan Mad 2 harakat.
MAD
FAR'IE.
Mad Far'ie ialah bermaksud tambahan -bergantung dengan
suatu sebab dalam pembentukannya. Mad Far'ie mempunyai 2 sebab dalam
pembentukannya:
- Sebab Maknawi- memanjangkan bacaan kerana penafikan sesuatu secara bersungguh-sungguh.
- Sebab Lafzi-memanjangkan bacaan disebabkan hamzah dan sukun.
Mad 'Aridh Lil
Sukun.
Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun
yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. Dibaca 2 harakat kerana pada
asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar
Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan
asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad
Lazim.
Mad
Badal.
Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad
di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf
Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian
daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris
huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Darikata lainnya asalnya terdapat
dua hamzah berturut dalam satu kalimah, maka dibuang hamzah kedua Dan diganti
dgn huruf mad sesuai dgn baris huruf hamzah pertama. Mad Badal terjadi dalam 4
keadaan:
- Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
- Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
- Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
- Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').
Kadar bacaannya adalah 2
harakat.
Mad Jaiz
Munfashil.
Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu
Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz Munfashil
kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih
daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah
berada di dalam dua kalimah yang berasingan. Rengkasnya huruf mad bertemu huruf
hamzah dalam dua kalimah. Kadar harakatnya 4 atau 5
harakat.
Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad
Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam Al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam
al-Quran:
Mad Jaiz Munfashil
Haqiqi
Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas
terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara
keduanya.
Mad Jaiz Munfashil
Hukmi
Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara
jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu
kalimah.
Keadaan ini berlaku pada dua
situasi:
- Ya' Al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
- Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.
Mad
Lin.
Lin bermakna Lembut/Lunak. Mad Lin terjadi apabila
Huruf Lin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.Ia boleh
dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.Dinamakan Mad Lin kerana ia terjadi pada
Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada
Mad 'Aridh Lil Sukun. (Huruf Lin-Wau dan Ya)
Mad Silah
Qasirah.
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara
mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya
terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha'
tidak ada hamzah qat'ie.
Mad Silah
Towilah.
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara
mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya
terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha'
terdapat Hamzah Qat'ie.
Mad
Tamkin.
Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu
kalimah. Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang
kedua sukun. Kadarnya 2 Harakat.
Mad Tabi'e Harfi
Mukhaffaf.
Hurufnya ada lima Ya, Ra, Ha Tho & Ha hukum ini
terdapat pada awal surah sahaja. Kadarnya adalah 2
Harakat.
Mad Wajib
Muttasil.
Huruf Mad bertemu huruf Hamzah dalam satu kalimah.
Kadarnya adalah 4 atau 5 Harakat sahaja. Dibaca dengan 6 harakat ketika
Wakaf (berhenti).
Mad
Lazim.
Huruf MAD yang disusuli dengan tanda Sukun Asli tetap
di dalam bacaan wasal atau wakaf samaada dalam satu kalimah atau harf (sendi nama). Mad Lazim bermaksud tetap kerana
ia harus dibaca dengan 6 Harakat tanpa berubah iaitu disebabkan Sukun dalam
wasal atau wakaf. Mad Lazim mengandungi 3 jenis:
- Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Mukhaffaf bermaksud ringan iaitu senang menyebutnya kerana tidak bertasydid dan tidak berdengung. Ianya hanya terdapat pada awal surah sahaja.
- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Muthaqqal bermaksud berat iaitu susah untuk menyebutnya disebabkan ada tasydid pada sukunnya. terjadi selepas huruf Mad terdapat sabdu dalam satu kalimah.
- Mad Lazim Harfi Musaqqal. Hukum ini terdapat pada awal surah sahaja.
- Mad Lazim Kalimi Mukhaffa. Selepas huruf Mad terdapat huruf berbaris mati.
PECAHAN
HUKUM HAMZAH
Hamzah
Qat'ie.
Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada
dimulakan dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie
kerana hamzah ini mempunyai baris yang pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah
Qat'ie boleh menerima baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada
ketiga-tiga jenis kalimah iaitu isim (kata
nama), Fe'el (kata kerja) dan
harf (kata sendi). Hamzah Qat'ie yang
datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan
iaitu:
- Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
- Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau sukun (mati).
- Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau sukun (mati).
Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam
beberapa keadaan:
- Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz 'Aajami' surah Fussilat: 44.
- Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz 'Utumina' surah al-Baqarah: 283.
Kaedah penulisan Hamzah
Qat'ie.
- Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
- Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa keadaan:
- Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumahnya.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun kecuali alif maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif sebagai rumah.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.
- Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumah.
Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka
ada beberapa keadaan juga iaitu:
- Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumah.
- Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.
- Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau.
- Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun) maka iaditulisbersendirian tanpa rumah.
2. Hamzah
Wasal.
Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan dengannya dan
tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat pada awal kalimah.
Tanda: Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan barisnya
secara nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan kepala shad
kecil di atasnya. Ia terdapat pada kalimah isim (kata nama) dan fi'il (kata
kerja) sahaja.
QALQALAH
Qalqalah ialah bunyi lantunan yang kuat dari makhraj
ekoran bacaan huruf bertanda sukun, makhrajnya ditekan terlalu kuat dan
dilepaskan dalam waktu yang singkat. Huruf nya ialah Zal, Jim, Bha, Tho &
Khob. Qalqalah terbahagi kepada 3 bahagian:
- Qalqalah Sughra. Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah. Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.
- Qalqalah Kubra. Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.
- Qalqalah Akbar.Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.
TAFHKIM
& TARQIQ.
(Tafhkim-Tebal /
Tarqiq-Nipis)
Tafhkim & Tarqiq terbahagi kepada 3 Huruf
hijaiah
- Huruf-huruf Isti'la' iaitu huruf yang sentiasa di TEBALKAN . semasa menyebutnya, sebahagian besar drpd pangkal lidah terangkat ke langit. Sebutannya kasar & tebal. 7 huruf istila iaitu; Ho,Shod, Dhod, Tho, Dho , Khob & Ain.
- Bacaan huruf yang kadangkala ditebalkan dan dinipiskan mengikut ayat
- Huruf-huruf Istifal iaitu huruf yang sentiasa dinipiskan selain dari huruf LAM dan RA
TAFHKIM
Tafhkim bermaksud bunyi yang Tebal atau Gemuk iaitu
KHO, SHOD, DHOD, GHAIN, THO, FA dan DHO. Cara bacaannya apabila huruf Tafhkim
berbaris atas dan selepasnya terdapat huruf ALIF dan TIADA ALIF. atau huruf
Tafhkim berbaris hadapan, berbaris bawah dan bersukun (MATI).Cara bacaan
mengikut tempat iaitu khusu dengan kalimah yang dibaca dengan Tarqiq dalam
keadaan tertentu dan dibaca dengan Tafhkim di dalam keadaan yang lain. Hurufnya
ada tiga iaitu Alif, Lam (ALLAH) & Ra
selain huruf Istifal (semasa menyebutnya,
sebahagian pangkal lidah tidak terangkat ke lelangit iaitu rendah kebawah. Nipis
& ringan .Alif, Bha,Tha, Sya, Jim, Ha, Dal, Zhal, Ra, Zai, Sin, Syin, Ain,
Fa, Khaf, Lam, Mim, Nun, Wau, Ha, Hamzah &
Ya)
Pecahan Hukum
RA
Ra sentiasa dibaca dengan tebal dalam tiga
keadaan:
- Jika ia berbaris atas diawal , pertengahan dan akhir kalimah secara wasal (sambung).
- Jika ia berbaris hadapan.
- Jika ia berbaris SUKUN dan huruf sebelumnya berbaris diatas atau dibawah.
TARQIQ
Ra'
Tarqiq
Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan
iaitu:
- Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung kalimah.
- Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang).
- Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di tengah atau di hujung kalimah.
- Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya Huruf Ist'ila' dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah Nuh: 1
- Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga sukun (selain daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin) dan huruf sebelumnya lagi berbaris bawah.
- Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad.
- Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin.
- Ra' yang diimalahkan.
Lam Lafzul Jalalah
Tarqiq.
Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq (Meringankan dengung) apabila didahului dengan
huruf yang berbaris bawah.
No comments:
Post a Comment