Resepi : Creamy Butter Crab / Ketam Masak Mentega Berkrim
Baru-baru ni hubby i buat permintaan nak makan
Butter Crab. Ni pun semenjak dia balik out station dari Labuan.
Punyalah dia bercerita dekat i betapa bestnya makanan laut (seafood)
dekat sana. Ok, i kena dengar sambil telan air liur (tik tik tik... Eh...
Hehehe).
Sebenarnya, kalau korang nak tahu, i ni bukanlah
peminat ketam. Sebabnya? I terasa betapa penatnya jari, mulut dengan gigi i ni
nak mengopak segala kulit keras ketam tu. Rasanya i lebih rela masak dan telan
ayam hari-hari daripada mengadap ketam depan mata untuk dikerjakan. Tapi dalam
terpaksa rela tu, i tunaikanlah impian hubby i nak makan butter crab. Yelah...
Tak baik menderhaka dengan suami kan.
Dan percaya tak korang, kalau i kata yang selama
ni pun i tak pernah makan butter crab. Kiranya, inilah percubaan pertama
i buat butter crab berdasarkan resepi yang i google dan jumpa
dekat sini (mekasih
awak!).
Memandangkan ada bahan-bahan dekat resepi ni
yang i takde, jadi i ubah bahan-bahannya ikut selera i. Tak sangka dengan
bahan-bahan yang simple ni, hubby i bagi pujian yang butter crab i
masak lagik sedap daripada tempat seafood yang dia makan (fewitt...
Terharu tau, tak sia-sia usaha i masak butter crab berhasil.
Yes!). Kembang kempis pulak rasanya hidung waktu tu (hik-hik). Walaupun
takdelah niat nak puji masakan sendiri (cuba tengok muka serius i ni) tapi sejak
makan butter crab. I dah mula jatuh cinta dengan ketam (ilebiu
lah!). Untuk hari tu je, i dan hubby habiskan masa dua jam makan ketam sambil
sembang-sembang. Punyalah best, sampai kita orang tak sedar masa berlalu
dengan pantas (gitulah. Hehe). Korang tengok, hebat tak hebat penangan butter
crab ni?
So, khas untuk korang semua inilah Resepi
Creamy Butter Crab / Ketam Masak Mentega Penuh Krim yang telah berjaya i
hasilkan. Sekali dah masak, confirm encik suami atau anak-anak minta
korang masak berkali-kali.
Bahan-bahan :-
- 6 batang cili padi
- 6 ulas bawang putih
- 1 tin susu sejat F&N
- 3 biji KUNING telur masin
- 5-6 sudu besar mentega (i suka pakai brand buttercup)
- 5 ekor ketam sederhana besar
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Garam secukup rasa
Caranya :-
- Letak sedikit minyak dan goreng ketam yang telah dipotong dengan api kecil. Tutup kuali dengan tudung kuali dan biarkan lebih kurang 10-15 minit sampai ketam masak. Lepas tu tutup api.
- Sementara tunggu ketam masak, hiriskan bawang putih dan ketukkan cili padi.
- Sediakan kuali yang lain, buka api kecil dan masukkan mentega. Bila mentega dah cair, masukkan bawang putih dan cili padi. Gaul sebentar.
- Tuang susu sejat dan kemudian masukkan kuning telur masin (peringatan: kuning telur masin sahaja tau. Tak sebut langsung part putihnya tau). Lenyek-lenyekkan kuning telur masin tu sampai hancur.
- Sepanjang proses penyediaan ni, pastikan tangan tu sentiasa menggaulkan kesemua bahan tanpa henti.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
- Gaul sehingga sebati.
- Tutup api bila kuah / creamy sudah sedikit pekat dan mendidih. Jangan biarkan terlalu lama mendidih nanti creamy nya jadi kering dan terlalu pekat.
- Sedia untuk dimakan sehingga menjilat mangkuk (eh! Hehehe).
Cadangan pemakanan : Makan Creamy Butter
Crab bersama-sama Nasi Goreng Cina (mantop!)
p/s : Bila dah tau masak Butter Crab, lepas ni
hari-hari boleh masak sendiri dekat rumah. Kan save budget. Makan dekat restoran
ketam rupa camgini confirm lah mahal :)
Kat Kulai ni jarang2 sekali jumpa ketam hidup.....aduhhh butter crab
ReplyDeletedok sedak....lancau la !
ReplyDeletesyok sendiri..puihhh
ReplyDelete