Nasi Arab @ Nasi Mandhi
Tengahari ni terlebih rajin skit, masak nasi ala2 nasi arab.....nasi kurang cantik lah sikit krn hanya menggunakan beras biasa. Kalau guna beras basmathi yg panjang tu, baru lah terserlah kearabannya hehe. Nasi ni dimakan bersama ayam bakar ala arab dan tomato salsa.....sedap.....hubby pesan suruh buat lagi, suka lah tu agaknya..kena dgn seleranya.
Biasanya nasi ni dihidangkan bersama sebtg cili hijau diletak atas nasi....buat ulam bersama salad timun dan tomato....sedappppppp sbb cili hijau tu pedas giler hehehe. Disamping itu disertakan kuah sup berempah tapi akak kurang suka kuah tu...rasa cam kuah rebusan ayam dan diletak rempah2 serbuk spt dibwh.
Daun ketumbar tu....tanam sendiri tau...fresh dr kebunku.
Nasi Arab ni menjadi kegemaran akak sekeluarga setelah mencuba makan Nasi Mandi, Laham Kabshah, Ayam Kabshah dan Ayam Mandi di D'Arab Cafe...perghhhhh...sedapnya menjilat jari.....sampai teringat2...sejak itu akak teringin nak buat sendiri maklumlah makan disana agak mahal sekali sekala boleh la kan....dan setelah membuat beberapa rujukan di sini, di sini dan di sini...dan kebetulan apabila akak beli Majalah Rasa edisi Julai..tiba2 ada plak resepi Nasi, Ayam dan Kambing Mandi dlm tu oleh chef dari restoran Zam Zam, Arabic Food jadi akak gabungkan/olahkan resepi2 tersebut maka terhasilah spt gambar diatas...dan rasanya mmg memberangsangkan....boleh buat lagi dan lagi.
Nasi Arab @ Nasi Mandhi
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti mengikut kesesuaian beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
1/2 s/b lada hitam biji
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning @kunyit
2 helai daun pandan -disimpul (resepi asal x de)
sedikit daun ketumbar -dihiris (resepi asal x de)
Bahan utk menumis:
2 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang halus
1 ulas bawang putih]
Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan stok ayam dan lada hitam.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning dan daun ketumbar. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
Ayam Mandhi
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 2
1 inci halia - diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya (dlm 7 cawan)
Bahan A:
1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
skit garam
Cara membuat:
Rebus ayam selama 45 minit bersama halia dan garam.
Angkat dan toskan. Simpan air rebusan utk masak nasi.
Lumurkan ayam dgn bahan A. Perap seketika
Selepas itu ayam dibakar selama 1 jam dlm oven pd suhu 200 C
Salata Hara @ Tomato Salsa
Bahan-bahan:
Buah tomato
daun ketumbar
cili padi
garam secukup rasa
jus lemon - akak guna cuka aje sodap jugak
sket bwng besar diptong dadu halus2
Cara membuat:
Mesin tomato, daun ketumbar, garam dan cili padi tanpa mengunakan air. Kisar kasar aje. Kemudian campurkan bwg dadu dan jus lemon/cuka.
Buah tomato
daun ketumbar
cili padi
garam secukup rasa
jus lemon - akak guna cuka aje sodap jugak
sket bwng besar diptong dadu halus2
Cara membuat:
Mesin tomato, daun ketumbar, garam dan cili padi tanpa mengunakan air. Kisar kasar aje. Kemudian campurkan bwg dadu dan jus lemon/cuka.
Additional TIPS:
lm...selian dr menumis guna minyak sapi...gunakan mimyak zaitun..buat nasi jadi lembut lembut n gebu.
kalau buat guna beras basmathi gred 1 lah baru puas hati
No comments:
Post a Comment