Thursday, November 6, 2014

Kencing Manis : daun belimbing


shared from facebook : 7/11/14.



sedikit perkongsian :
nenek isteri saya baru meninggal dunia dlm usia 95?tahun pkul 6 ptg khamis dan telah selamat dikebumikan pd pagi jumaat ( 19.9.2014 )
sambil2 menunggu persiapan pengkebumian , sempat dgr org2 tua bercerita.
cerita yg paling menarik ialah diceritakan oleh seorang pakcik yg dia baru sembuh dr penyakit kencing manis yg kronik dan kakinya dah hampir dipotong sbb dah memburuk. dlm masa seminggu dia amalkan minum air rebusan daun belimbing + daun sup. alhamdulillah lukanya mula mengering dan akhirnya sembuh sepenuhnya dari kencing manis.
caranya :
ambil agak2 segantang daun belimbing dan seikat daun sup ( rm1-2 shj ). direbus sehingga air menjadi hijau pekat. air td dibuat 5 botol besar mineral ( 1.5l ) dan diminum sebotol sehari. bila dah abis, buat lg dgn daun yg baru.. menurut pakcik in td doktor pun hairan bila kakinya yg dah hampir dipotong itu menyembuh dgn cepat.
boleh diamalkan kpd yg ada kencing manis.


Comments:


ni testimoni kawan saya yg lain yg mana kaki suaminya hampir dipotong telah mula sembuh setelah amal cara ini.
‎محمد حتى عبدالوهاب‎'s photo.



Tuesday, November 4, 2014

Kisah Inspirasi Usahawan, Memang Berbaloi Baca

http://www.lemonpic.com/kisah-inspirasi-usahawan-bella-ammara/


Kisah Inspirasi Usahawan, Memang Berbaloi Baca

carl
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.
Saya bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa saya bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist – Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah. Kimia mengajar saya untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti as a chemist kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.

 Saya berhenti.
Saya join banking sebab saya nak tau apa bank buat. Dalam kajian saya – ‘Banking System’ adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Saya join bank as ‘Gold Trader’. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka – ‘Fractional Reserve System’. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Saya kerja sampai saya sampai matlamat saya – no.1 Gold Trader di bank tersebut.

Alhamdulillah saya dapat dan terus berhenti. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.

July 2012 saya bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit kawin? ZERO. Kerana saya percaya Allah itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Saya gamble. Dan saya pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat Melayu kita? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding Melayu kita. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa saya tak buat loan bank? Sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri (cash),

Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri di Setapak dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya.

Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang saya nak cakap. Dunia makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan ‘hanya makan gaji’ & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Saya tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku saya. Jumpa saya. Saya share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?

HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
……………………
Hari ini 6 September 2014
Alhamdulilah.
1. Production 10 kali ganda sebulan dari tahun lepas.
2. Berjaya buat brands lain – Pudore dan Osra
3. Berjaya mempunyai studio photography sendiri.
4. Berjaya buka Bella Ammara Shah Alam.
5. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit.
Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.


Apek Cina Buka Rahsia Untung Berniaga


Apek Cina Buka Rahsia Untung Berniaga

kedai
Aku > Tokey, you buka kedai perabot ni
boleh untung ka dalam kampung ?
You ambik 4 pintu maa, atas bawah.
Sewa mau RM12,000 lorh sebulan.
Tokey > Antara banglo RM400k VS Kedai RM600k,
mana menjadi rebutan ?
Chinese will strive for Kedai RM600k .
Tokey > Beli kedai ini macam pasang jerat maa.
Ada hari tak dapat hasil,
sekali dapat hasil, makannya sedap.
Jerat yang bagus tahannya di kawasan laluan haiwan.
Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai-kedai
atau di tengah bandar.

==============================
Taktikal seorang tokey membeli kedai.
” Biar rumah kecik , dudukd dalam store pun tak mengapa !
Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa ! ”
1- Beli kedai nisbah 3.
Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan,
beli 3 kedai sekaligus dalam kawasan yang sama.
– 1 kedai untuk meniaga sendiri
– 2 kedai untuk disewakan kepada orang lain.
2- Matematik tokey tu ajar aku tadi :
Harga Kedai = RM400k per unit.
3 Kedai = RM1.2juta
Montly payment : RM8,000 x 20 tahun.
2 kedai disewakan pada harga bulanan RM4000.
Maka total sewaan = RM8000 guna untuk bayar bank.
Ingat, sewaan meningkat setiap perjanjian 2 tahun.
1 kedai yang guna untuk buat business ?
Duit lebih bayar kat bank, duit lebih simpan
untuk beli jerat baru !
3- Make your account strong.
2 kedai disewakan, 1 kedai guna untuk niaga sendiri.
Memang akaun nampak strong untuk
apply loan beli kedai kedai di gugusan
perniagaan yang lain.
4- Networking Business.
Takdak duit nak ambik kedai ?
Suruh bapak saudara you yang kerja kerajaan
pergi ambik beli itu kedai,
you masuk buat niaga dalam itu.
Bapak saudara kena bayar bank RM5000 sebulan,
You bayar sama dia RM7000 laa.
Kasi sikit sama diaa.
5- Adik beradik yang bekerjasama
Dalam family, mesti ada orang yang kerja kerajaan,
atau orang yang kerjanya mudah buat loan.
Sewa kedai dari adik beradik ja,
Duit pusing sama-sama kita maa.
Abang saya beli kedai, dan sewakan pada kami adik adik.
Kami adik adik masuk buat niaga maa.
Duit naiga kasi bayar sama loan abang la.
Masing masing jaga laa.
Takkan adik beradik sendiri pun you mau tikam ?
takkan adik beradik sendiri pun you mau hentam kasi makan ?
==============================
Diluar sana, ada pelbagai taktik dan teknik
jalan niaga yang dibuat oleh orang lain.
Stay hunger, stay foolish.
Tak rugi menyapa seorang Pakcik Chinese
yang kerja sebagai kelindan lori cuma.
Pasti ada cerita menarik untuk aku ambik manfaat.
Disebabkan tokey Chinese tu ajar aku ilmu niaga,
asalnya nak beli barang total kos RM1000 sahaja,
sudah beli berlebih lebih 3 kali ganda.
Money is NOTHING,
Knowledge is EVERYTHING.

Berapa Kos Untuk Bina Sebiji Rumah? Selepas Baca Artikel Ini Anda Mungkin Nak Buat Sendiri

FROM : http://www.lemonpic.com/taktik-apek-cina-untung-berniaga-kedai/

rumah
 

Berapa Kos Untuk Bina Sebiji Rumah? Selepas Baca Artikel Ini Anda Mungkin Nak Buat Sendiri

Berapa kos utk mbina sebiji rumah?
Jwpn :
Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah
Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch
Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.
Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2
Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per ft2. Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00. Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 = RM171,500.00
Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn. pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk pre cast tiang pada setiap 3.0meter. = RM 22,000.00

KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00
KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00
_____________________________________________
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00
——————————————————————————–
JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00
========================================
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00
HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00
——————————————————————————-
MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00
==============================================
SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK KENALAN ANDA….
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00

Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2. Ambo andaikan RM22/ft2
Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah
RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00
Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2
maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00
Upah bina pagar RM 6,000.00
Oleh itu RM30,800.00
+RM 3,500.00
+RM 6,000.00
_________________________
RM40,300.00
Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-
Upah kerja mengecat————pukal———————RM2,500.00
Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal—-RM3,500.00.00
Pintu Sliding (pemasangan + bahan)———-pukal—————–RM1,700.00
Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB)——RM6,000.00
kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA)—-pukal———–RM4,000.00
Sewa mesin pengorek tanah (backhoe)——-anggaran——RM2,000.00
Mesin pembancuh konkrit————-RM400/bulan———-RM2,400.00
Kos luar jangka——————-anggaran—————–RM1,000.00
Kos pengurusan———————————-anggaran———————————RM2,000.00
________________________________________________________________JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00=================================================================
SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA….HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00. Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti imej bungalow di atas kadar KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN LETRIK DAN AIR
RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00
SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-
BAHAN BINAAN———————–1/3
UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3
KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00
TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00
_______________________
= RM 128,100.00
ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR
RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00
MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW
KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00
KOS UPAH TUKANG/PEKRJA =RM65,400.00
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00
______________________________________________________
RM 193,500.00
=============================
Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain..
*Terima kasih kpd Putera Farid kerana sudi bkongsi info bguna ini..
via Hamba Tuhan
 11 thoughts on “Berapa Kos Untuk Bina Sebiji Rumah? Selepas Baca Artikel Ini Anda Mungkin Nak Buat Sendiri
  1. daud
    salam,
    cuma pandangan tidak seberapa daripada saya,
    Betul kos telah berkurangan, tetapi harga yang kita bayar untuk upah kontraktor atau pemaju adalah harga untuk masa dan kudrat untuk membuat rumah itu, sebagai contoh rumah keluarga saya, nak siap hampir 10 tahun.sebab apa… antaranya adalah.. kekangan masa, tukang bertukar( sebab lari dan buat kerja slow.. DLL) .perkara-perkara sebeginila antara harga yang perlu dibayar oleh pembeli rumah sebenarnya..satu lagi dalam menjaga kualiti, warantty nya adalah kita sendiri,, jika kita salah pilih tukang alamtnya rosaklah semuanya..
    cuma pandangan terima kasih.
    Reply
    1. iman
      Realitynya sgt berbeza dgn apa yg tuan admin publish. kalau begitu senang untuk membuat rumah, tidaklah banyak pemaju2 aatau contractor yg ada di negara kita ni. Kalau kita lihat, banyak warga asing yg jd Contractor binaan. kerana apa? Bidang ini bukan semudah yg di sangka. Seperti kenyataan Tuan daud, itu adalah benar yg berlaku. Contractor binaan bukan bertanggung jawab semasa pembinaan shj, tatapi boleh kata selama lamanya selagi tuan rumah berhubungan dgn kontaraktor. Ada rosak mesti cari kontractor. Org meniaga kena ada margin. Sy adalah kontraktor binaan untuk projek ikan bilis.. kalau sesiapa mahukan khidmad nasihat atau inginkan perkhimatan kami slia hubungi saya. Tiada bayaran untuk khidmat nasihat. hubungi saya di talian +6 013 3044 505+6 013 3044 505. FB/AIGCS12
      Reply
  2. Fihir
    Bunyi nya memang mudah tapi nak cari kontraktor yang berwibawa tu yang sukar.. ada yg dah ambil deposit hilang kejap.. dan ada yang terus hilang..
    Reply
  3. yues
    walaupun sy kerja office hour, saya dah buat rumah usaha sendiri.. susun bata sendiri…hehe. ok je. kebanyakan kita masih takut berusaha sendiri.. malas berfikir kreatif dan kritis. tidak mandiri. org barat dah biasa buat sendiri rumah mcm2 bentuk… yg penting, rajin2lah bc buku, majalah, tanya org mahir, try sendiri.. selain dpt rumah, dpt juga satu lg ilmu.jgn sempitkan kemahiran dan kebolehan diri anda.. :)
    Reply
  4. elley
    Apa yg di katakan pda sya cuma anggaran kasar dari pemilik tanah untuk mendirikan rumah impian atau mengubah suai rumah sediada. Tapi hidden cost pembinaan boleh merugikan pda kadar yg besar dri lantik kontraktor.. Boleh nk uruskan sendiri pambinaan rumah tu, tapi kena ada skill pembinaan dan tahu timeline stiap kerja. Mahunya, rumah yg sepatutnya siap dlm masa 4 bulan, boleh terbengkalai 4-5 tahun. Dlm urusan bina banglow dgn duit tunai sendiri, kita boleh pusing2 keperluan pembinaan yg boleh di cut cost, tpi untuk yg nk pinjam.. penyediaan pelan arkitek, QS, structure rc, insuran, stamping yg boleh mencecah 15-20% tambahan dari kos keseluruhan bina rumah tu. Kos yg tinggi dlm membina rumah sendiri, adalah hawa nafsu nk menggunakan material yg terbaik dan mahal terutamanya import dri luar negeri. Material yg dipilih, akan menggunakan kaedah pemasangan yg berlainan dn kekemasan yg khas, maka skill pemasangan khas dan remeh akan menambah kos tambahan pembinaan. Malah, harga material dari supplier lain dgn harga runcit tuan rumah beli dgn harga kontraktor. Itu kena fikirkan..
    Reply
  5. azhari
    Bunyi macam x bg org lain makan…bukan nak kenyang…setakat cari makan n ade simpanan sikit…nama pun buat business…bukan makan gaji…. n …..cuba guna consultant betul2…dan ikut spec dr consultant betul…boleh x tak dpt harga yg macam tu…….tukang indon rumah rosak atau ade masalah dia boleh lari….license contractor kalau rosak dia kene betulkan….lesen jadi percaturan…kene gantung mcmana naka cari makan…..byk spec kat luar tu yg jauh below spec x kira dr engineer point of view atau architect point of view…x caya cuba la….cari qs yg betul2 kira ikut proper industry standard…then u ll know…….pendapat saya saje….
    Reply


Tuesday, October 28, 2014

Tips Permohonan Biasiswa Untuk Pengajian Luar Negara Yang Ramai Tidak Tahu

http://thevocket.com/tips-permohonan-biasiswa-untuk-pengajian-luar-negara-yang-ramai-tidak-tahu/


Anda berminat untuk belajar di luar negara tetapi runsing memikirkan tentang yuran dan kos sara hidup?
Atau anda mungkin hanya bergantung harap kepada JPA ataupun MARA sahaja yang mana persaingan semakin hebat saban tahun.
Sila ikuti perkongsian dibawah daripada seorang yang telah melanjutkan pelajaran Sarjana Muda, Sarjana dan kini PHD, kesemuanya diluar negara dan ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa.
Niat yang ikhlas untuk belajar insya-Allah dipermudahkan.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Assalamualaikum,
Kepada yang berminat untuk belajar di luar negara, tentu kepala runsing memikirkan kos pengajian dan sara hidup. Mana nak dapat duit? Kalau kaya, boleh saja dapat tajaan PAMA (duit Papa dan Mama ;p). Kalau kurang berkemampuan dari segi kewangan, perlukah kita melupakan hajat untuk mengembara menuntut ilmu? Oh tidak! Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.
Sebenarnya selain daripada biasiswa Malaysia, ada banyak peluang biasiswa lain dalam dunia ini. Yes, I’m serious! Buktinya saya sendiri pernah mendapat biasiswa negara lain. Saya akan terangkan caranya di bawah.
Formula untuk mencari dan mendapatkan biasiswa ialah A & S: ALERT and SMART. Tawaran biasiswa selalunya dibuka awal dan tempohnya sekejap saja. Jadi sentiasalah ALERT dengan setiap tarikh tutup tawaran dan peraturan yang dikenakan. Konsep memburu biasiswa ialah cuba saja sebanyak yang mungkin, doa dan kemudian tawakal. Belum cuba, belum tahu. Gagal diterima untuk satu biasiswa, tidak bermakna akan gagal buat selamanya.
Sewaktu mengisi borang biasiswa, jadilah SMART dalam pengurusan masa dan teknik untuk menjadikan diri ‘outstanding’. Contohnya: Saya ada sijil sarjana muda dalam bidang Sastera Parsi. Kalau ikutkan, ia bidang yang pelik, macam takde faedahnya, kerja pun mana nak dapat, dan sastera? How to make money meh?
Tapi saya ‘tune’ kan sikit dengan mengatakan saya unik, menguasai bahasa yang jarang orang ambil dan hasilnya orang dari pelbagai bidang seperti bisnes dan perfileman yang mencari saya kerana bidang saya yang ‘rare’. Pengalaman dalam setiap kerja amat menarik dan duit yang diperoleh memberi kepuasan.
Haaa…gitulah ye. Saya bukannya nak mempromosikan diri tapi saya ingin memberi contoh bagaimana cara untuk ‘pusing’ segala kekurangan dan menjadikan ia kekuatan. Macam itulah baru nampak ‘outstanding’ dan ia amat penting dalam proses merebut biasiswa. Dalam permohonan biasiswa, kita perlu ‘menjual diri’ untuk menarik perhatian pihak penaja tetapi ia perlu dilakukan dengan berhemah, bermaruah dan bergaya. Awas supaya tidak jatuh dalam perangkap SS, syok sendiri dan STM, sombong tak menentu.
Sebenarnya kalau anda google ‘Scholarships for Malaysians’, anda akan jumpa banyak tawaran. Ada tawaran daripada pelbagai universiti, institusi, syarikat dan sebagainya untuk pengajian di dalam dan di luar negara.
Jika anda google ‘Scholarships for international students’, anda juga akan jumpa pelbagai tawaran biasiswa daripada universiti atau institusi luar negara khas untuk pelajar antarabangsa seperti anda.
Ok, di sini saya jelaskan beberapa biasiswa yang ada.
1) JPA. Selalunya pelajar lepasan SPM akan cuba mendapatkan biasiswa JPA untuk belajar di luar negara. Dapat saja keputusan SPM, cepat-cepatlah tanya guru atau rakan-rakan tentang biasiswa ini. Kalau tak pun, sila google sendiri.
2) MARA. Untuk mereka yang nak belajar MA/PhD di luar negara, selalunya tawaran pinjaman MARA akan dibuka pada bulan Februari/Mac dan tempohnya sekejap saja. Sangat ramai yang akan memohon, jadi buatlah persediaan yang terbaik untuk permohonan. Strategi terbaik ialah memohon pinjaman MARA ini dengan surat tawaran universiti (100 universiti terbaik) dan keputusan IELTS/TOEFL.
3) My Brain/My Master/My PhD: Ini adalah tawaran biasiswa yang baik daripada pihak kerajaan untuk pengajian di universiti Malaysia atau universiti luar negara cawangan Malaysia. Boleh semak senarai universiti di laman web MyBrain15.
4) SLAB/SLAI: Khas untuk tutor/fellow/pensyarah dari institusi pengajian awam. Para pensyarah IPTA sememangnya dimestikan untuk mempunyai PHD, jadi tiada masalah untuk biasiswa. Cuma para pensyarah perlu berusaha untuk mendapatkan surat tawaran universiti sebelum memasuki sesi temuduga bersama ahli panel yang selalunya terdiri daripada para profesor dan unit cuti belajar.
Lagi satu cara ialah para graduan mencari peluang fellowship atau tenaga pengajar muda dari IPTA. Setelah mendapat tempat di IPTA tersebut, barulah mula cari tempat untuk menyambung pelajaran.
4) Yayasan Khazanah: Jika berminat, sila pastikan anda sudah mempunyai tawaran universiti sebelum membuat permohonan.
5) Yayasan/Kerajaan negeri: Sila semak negeri masing-masing. Setahu saya Yayasan Terengganu ada menawarkan biasiawa untuk anak-anak Terengganu untuk pengajian di dalam dan di luar negara.
6) Zakat: Sila semak zakat di negeri masing-masing. Orang yang menuntut ilmu di jalan Allah termasuk dalam golongan asnaf juga.
Sekarang kita lihat pula beberapa biasiswa luar negara:
7) Chevening Award: Ini adalah biasiswa yang berprestij daripada United Kingdom. Para pemohon biasiswa ini mesti mempunyai pengalaman kerja tidak kira samada pekerjaan tetap, sementara atau sukarela selama 2 tahun atau 2800 jam. Tarikh tutup permohonan biasanya pada bulan November. Tempoh permohonan sangat pendek, jadi berwaspadalah selalu
8) Commonwealth Scholarship: Biasiswa ini khas untuk mereka dari negara-negara komanwel. Tarikh tutup permohonan berbeza mengikut negara, jadi sila semak website biasiswa komanwel Malaysia.
9) Fulbright Award: Ini adalah biasiswa berprestij daripada USA. Tahap kesukarannya seperti permohonan untuk Chevening. Para pemohon juga perlu ada pengalaman kerja dan mesti berwaspada dengan tempoh permohonan yang pendek.
10) Korean Government Scholarship: Biasiswa kerajaan Korea khas untuk pelajar antarabangsa. Proses pemilihannya sangat ketat dan bilangan calon yang dipilih mungkin berubah setiap tahun. Sila rujuk website kedutaan Korea untuk keterangan lanjut.
11) Japanese Government Scholarship: Biasiswa kerajaan Jepun untuk pelajar antarabangsa. Sila rujuk kedutaan Jepun untuk maklumat.
Dan…banyak lagi sebenarnya. Boleh cuba google sendiri ye? Hehe.
Ingat, jangan takut sebelum mencuba. Di sini saya senaraikan biasiswa keluarga kami. Saya tiada niat untuk membanggakan keluarga sendiri. Saya cuma berharap anda akan mendapat inspirasi untuk terus mencuba dan tidak berputus asa.
1- Saya mendapat biasiswa dari kerajaan Iran untuk sarjana muda dalam Bahasa dan Sastera Parsi di Universiti Al-Zahra, Tehran. Ketika itu, saya sengaja bertanya tentang biasiswa di kedutaan Iran di KL. Rupa-rupanya mereka memang ada tawaran biasiswa cuma tiada yang memohon kerana tiada maklumat atau ‘takut’ kontroversi. Alhamdulillah memang rezeki saya mendapat biasiswa tanpa persaingan.
2- Saya berjaya mendapat Fulbright Award untuk Masters dalam Pengajian Timur Tengah di Washington University in Saint Louis, USA. Ketika itu yuran pengajian ditanggung oleh pihak universiti sendiri. Fulbright memberi duit poket setiap bulan melainkan cuti musim panas selama 3 bulan. Untuk 3 bulan tanpa biasiswa, saya cuba meminta duit zakat negeri dan alhamdulillah saya dapat. Jadi di USA, saya ada 3 penaja: pihak universiti, Fulbright dan zakat.
3- Sekarang saya sedang mengikuti pengajian PhD dalam Sastera Bandingan (Arab-Melayu-Parsi) di SOAS, University of London. Memandangkan saya pensyarah muda di UKM, maka saya mendapat biasiswa SLAB/SLAI.
4-Suami saya mendapat biasiswa JPA untuk ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of Yamanashi, Jepun.
5- Adik lelaki saya berjaya mendapat biasiswa JPA untuk bidang perubatan di Universiti Ain Shams di Kaherah, Mesir.
6-Adik perempuan pertama saya sangat teringin belajar di Korea. Saya cuba cari tawaran biasiswa dan terjumpa Korean Government Scholarship. Malangnya ketika itu, mereka tidak menawarkan biasiswa pada Malaysia sedangkan negara serantau mendapat peluang. Saya buat kerja gila dengan menghantar emel pada Kementerian Pendidikan Korea dan ‘menggoreng’ tentang kepentingan hubungan Malaysia-Korea, minat orang Malaysia terhadap Korea dan harapan untuk membuka peluang biasiswa untuk rakyat Malaysia juga. Tidak saya sangka sama sekali yang saya mendapat balasan emel mengatakan mereka akan membawa cadangan saya ke mesyuarat seterusnya! Tidak lama kemudian, kedutaan Korea membuat pengumuman tentang tawaran biasiswa! Saya tidak mengatakan saya yang menjadi punca mereka menawarkan biasiswa pada rakyat Malaysia. Pengajarannya di sini ialah jangan segan untuk mencuba dan bertanya walaupun pada mulanya ia kelihatan tidak lojik.
Sayangnya adik saya gagal ketika pertama kali memohon Korean Government Scholarship. Tahun berikutnya dia cuba lagi dan alhamdulillah berjaya. Dia baru saja selesai pengajian sarjana muda dalam major English dan minor Business di Suwon University, Korea.
7- Adik perempuan kedua saya juga berjaya mendapat Korean Government Scholarship dan kini sedang belajar di Korea University dalam bidang Food Science.
8-Adik lelaki kedua saya mendapat Turkish Goverment Scholarship dan kini dia sedang mengikuti pengajian BA dalam Sejarah Turki Uthmaniyyah di Bosphorus/Bogazici University di Istanbul.
Kesimpulannya, jangan takut mencuba. Rajinlah berusaha, berdoa dan bertawakal.
Jika ada sebarang pertanyaan atau perkongsian, bolehlah tulis di bahagian komen post ini.
Selamat memburu biasiswa semua! ♡♥
Scholarship
p/s : Artikel diambil dengan izin daripada website Firuz Akhtar, bekas juara Ustazah Pilihan musim pertama.