Berapa Kos Untuk Bina Sebiji Rumah? Selepas Baca Artikel Ini Anda Mungkin Nak Buat Sendiri

Berapa kos utk mbina sebiji rumah?
Jwpn :
Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah
Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch
Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.
Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2
Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per ft2. Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00. Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 = RM171,500.00
Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn. pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk pre cast tiang pada setiap 3.0meter. = RM 22,000.00

KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00
KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00
_____________________________________________
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00
——————————————————————————–
JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00
========================================
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00
HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00
——————————————————————————-
MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00
==============================================
SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK KENALAN ANDA….
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00

Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2. Ambo andaikan RM22/ft2
Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah
RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00
Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2
maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00
Upah bina pagar RM 6,000.00
Oleh itu RM30,800.00
+RM 3,500.00
+RM 6,000.00
_________________________
RM40,300.00
Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-
Upah kerja mengecat————pukal———————RM2,500.00
Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal—-RM3,500.00.00
Pintu Sliding (pemasangan + bahan)———-pukal—————–RM1,700.00
Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB)——RM6,000.00
kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA)—-pukal———–RM4,000.00
Sewa mesin pengorek tanah (backhoe)——-anggaran——RM2,000.00
Mesin pembancuh konkrit————-RM400/bulan———-RM2,400.00
Kos luar jangka——————-anggaran—————–RM1,000.00
Kos pengurusan———————————-anggaran———————————RM2,000.00
________________________________________________________________JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00=================================================================
SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA….HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00. Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti imej bungalow di atas kadar KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN LETRIK DAN AIR
RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00
SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-
BAHAN BINAAN———————–1/3
UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3
KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00
TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00
_______________________
= RM 128,100.00
ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR
RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00
MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW
KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00
KOS UPAH TUKANG/PEKRJA =RM65,400.00
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00
______________________________________________________
RM 193,500.00
=============================
Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain..
*Terima kasih kpd Putera Farid kerana sudi bkongsi info bguna ini..
via Hamba Tuhan
 11 thoughts on “Berapa Kos Untuk Bina Sebiji Rumah? Selepas Baca Artikel Ini Anda Mungkin Nak Buat Sendiri
  1. daud
    salam,
    cuma pandangan tidak seberapa daripada saya,
    Betul kos telah berkurangan, tetapi harga yang kita bayar untuk upah kontraktor atau pemaju adalah harga untuk masa dan kudrat untuk membuat rumah itu, sebagai contoh rumah keluarga saya, nak siap hampir 10 tahun.sebab apa… antaranya adalah.. kekangan masa, tukang bertukar( sebab lari dan buat kerja slow.. DLL) .perkara-perkara sebeginila antara harga yang perlu dibayar oleh pembeli rumah sebenarnya..satu lagi dalam menjaga kualiti, warantty nya adalah kita sendiri,, jika kita salah pilih tukang alamtnya rosaklah semuanya..
    cuma pandangan terima kasih.
    Reply
    1. iman
      Realitynya sgt berbeza dgn apa yg tuan admin publish. kalau begitu senang untuk membuat rumah, tidaklah banyak pemaju2 aatau contractor yg ada di negara kita ni. Kalau kita lihat, banyak warga asing yg jd Contractor binaan. kerana apa? Bidang ini bukan semudah yg di sangka. Seperti kenyataan Tuan daud, itu adalah benar yg berlaku. Contractor binaan bukan bertanggung jawab semasa pembinaan shj, tatapi boleh kata selama lamanya selagi tuan rumah berhubungan dgn kontaraktor. Ada rosak mesti cari kontractor. Org meniaga kena ada margin. Sy adalah kontraktor binaan untuk projek ikan bilis.. kalau sesiapa mahukan khidmad nasihat atau inginkan perkhimatan kami slia hubungi saya. Tiada bayaran untuk khidmat nasihat. hubungi saya di talian +6 013 3044 505+6 013 3044 505. FB/AIGCS12
      Reply
  2. Fihir
    Bunyi nya memang mudah tapi nak cari kontraktor yang berwibawa tu yang sukar.. ada yg dah ambil deposit hilang kejap.. dan ada yang terus hilang..
    Reply
  3. yues
    walaupun sy kerja office hour, saya dah buat rumah usaha sendiri.. susun bata sendiri…hehe. ok je. kebanyakan kita masih takut berusaha sendiri.. malas berfikir kreatif dan kritis. tidak mandiri. org barat dah biasa buat sendiri rumah mcm2 bentuk… yg penting, rajin2lah bc buku, majalah, tanya org mahir, try sendiri.. selain dpt rumah, dpt juga satu lg ilmu.jgn sempitkan kemahiran dan kebolehan diri anda.. :)
    Reply
  4. elley
    Apa yg di katakan pda sya cuma anggaran kasar dari pemilik tanah untuk mendirikan rumah impian atau mengubah suai rumah sediada. Tapi hidden cost pembinaan boleh merugikan pda kadar yg besar dri lantik kontraktor.. Boleh nk uruskan sendiri pambinaan rumah tu, tapi kena ada skill pembinaan dan tahu timeline stiap kerja. Mahunya, rumah yg sepatutnya siap dlm masa 4 bulan, boleh terbengkalai 4-5 tahun. Dlm urusan bina banglow dgn duit tunai sendiri, kita boleh pusing2 keperluan pembinaan yg boleh di cut cost, tpi untuk yg nk pinjam.. penyediaan pelan arkitek, QS, structure rc, insuran, stamping yg boleh mencecah 15-20% tambahan dari kos keseluruhan bina rumah tu. Kos yg tinggi dlm membina rumah sendiri, adalah hawa nafsu nk menggunakan material yg terbaik dan mahal terutamanya import dri luar negeri. Material yg dipilih, akan menggunakan kaedah pemasangan yg berlainan dn kekemasan yg khas, maka skill pemasangan khas dan remeh akan menambah kos tambahan pembinaan. Malah, harga material dari supplier lain dgn harga runcit tuan rumah beli dgn harga kontraktor. Itu kena fikirkan..
    Reply
  5. azhari
    Bunyi macam x bg org lain makan…bukan nak kenyang…setakat cari makan n ade simpanan sikit…nama pun buat business…bukan makan gaji…. n …..cuba guna consultant betul2…dan ikut spec dr consultant betul…boleh x tak dpt harga yg macam tu…….tukang indon rumah rosak atau ade masalah dia boleh lari….license contractor kalau rosak dia kene betulkan….lesen jadi percaturan…kene gantung mcmana naka cari makan…..byk spec kat luar tu yg jauh below spec x kira dr engineer point of view atau architect point of view…x caya cuba la….cari qs yg betul2 kira ikut proper industry standard…then u ll know…….pendapat saya saje….
    Reply