Tuesday, December 15, 2015

Monday, December 7, 2015

Lepasan SPM Apply Masuk University

Tolong maklumkan pd calon spm yg lain2 , no pin upu blh beli bermula 8 januari 2016 di semua cawangan BSN berharga RM15.64
#cp
#viralkan
Syarat Kemasukan ke IPTA.

UKM: http://www.ukm.my/v6/kpm-matriculation-certificate-um-foundation-uitm-foundation-matriculation-foundation/

UTM: http://www.utm.my/admission/files/2014/01/Syarat-Masuk-Lepasan-Matrikulasi-2014-20151.pdf

UM: https://www.um.edu.my/docs/default-source/syarat-kemasukan-bachelor/syarat-kemasukan-sarjana-muda-aliran-sastera-um-2014-new.pdf

USIM (requires SPM Arabic, but courses offered are pretty much the same with other IPTAs) : http://www.usim.edu.my/akademik-info-kemasukan/sarjana-muda/syarat-kemasukan

UPM: http://www.akademik.upm.edu.my/dokumen/92226_STPM_Matrikulasi_Diploma_2014-2015.pdf

UMS: https://bpa.ums.edu.my/images/dokumen/promosi_pengambilan_dan_kemasukan/Buku_Kemasukan_2015.pdf

UMP: http://bpa.ump.edu.my/index.php/maklumat-akademik/syarat-kemasukan/program-sarjana-muda/lepasan-matrikulasiasasi.html

USM: https://pohon.usm.my/include_ppjj/dokumen/SYARAT_KEMASUKAN.pdf

UMT: http://akademik.umt.edu.my/?page_id=1937

UIA: http://www.iium.edu.my/kptn/resource-centre/syarat-syarat-kemasukan

UniMAS: https://estudent.unimas.my/KemasukanSemesterKedua/KDSyaratKemasukan.jsp

#viralkan pinjaman belajar yg boleh dibuat.

JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/

MARA: http://www.mara.gov.my/

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP): http://www.ypm.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=19&Itemid=30

Tun Rahah Scholarship Fund: http://www.yayasancemerlang.org.my/

UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html

Sime Darby: http://www.simedarby.com/

SCM: http://www.sc.com.my/

TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/

TM: http://ytm.tm.com.my/

PNB: http://www.pnb.com.my/

Shell: http://www.shell.com.my/

Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/

JAKIM: http://www.islam.gov.my/

Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my

Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: www.psc.sarawak.gov.my

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: www.maiamp.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my

Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my

Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: www.jkmwpkl.gov.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my

Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my

Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my

Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my

Tabung Baitulmal Sarawak: www.tbs.org.my

Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my

Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my

Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my

Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my

Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.edu.my

Yayasan Felcra: esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html

Yayasan Pahang: www.yp.org.my

Yayasan Sabah: www.ysnet.org.my

Yayasan Selangor: www.yayasanselangor.org.my

Yayasan Tenaga Nasional Berhad: yayasan.tnb.com.my

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): www.yakin.kelantan.gov.my

Yayasan Terengganu: www.ytrg.terengganu.gov.my

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): www.johordt.gov.my/ypj

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

Yayasan Pelajaran MARA: http://www.ypm.org.my/index

Buat hebahan dan infomasi
👆 cubalah mana tau ada rezeki dpt...

Thursday, December 3, 2015

After SPM Beza matrix asasi form 6

Apa perbezaan kemasukan ke Program Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Tingkatan Enam? Harap adik2 yg bakal mengambil keputusan SPM nanti dpt membuat pilihan yg tepat.

Berikut adalah perbezaan masuk matrikulasi, IPTA, dan Tingkatan 6 KPM. Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu atau ingin mengambil keputusan menyambung pelajaran, dibawah adalah perbezaan antara ketiga-tiga institusi milik kerajaan yang paling digemari ramai.

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.

* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.

* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.

* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Sumber: Perbezaan Masuk Matrikulasi, IPTA, Dan Tingkatan 6 KPM | melvister.com

Sunday, November 22, 2015

Istighfar

ISTIGHFAR SEBAGAI PENEBUS DOSA

Istighfar sebagai penebus dosa, dalam satu riwayat  Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasalam  pernah bersabda:

مَنْ قاَلَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْهِ

"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

Jelaslah bahwa dengan beristighfar Allah akan mengampuni dosa-dosa seorang hamba,  sekalipun seperti buih di lautan, atau sebanyak tumpukan pasir, atau dedaunan pohon, atau hari-hari di dunia. Inilah ayat Allah SWT .yang menegaskan adanya pengampunan dosa bagi hamba yang berdosa.

Allah SWT berfirman:

قُلْ يَاعِبَادِي الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لاَتَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللهِ إِنَّ الله
َ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا  إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ {53}

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas (melakukan dosa) terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az Zumar ayat 53)

Penghulu Istighfar :

Dan bacaan istigfar yang paling sempurna adalah sebagaimana yang terdapat dalam sahih al- Bukhari dari Syaddad bin Aus r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Penghulu istigfar adalah apabila engkau mengucapkan :


اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،

أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.

Maksudnya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (Hadis Riwayat Bukhari)

(Sekurang-kurangnya di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Sebaik-baiknya dibaca 100 kali dalam masa sehari)

Faedah dari bacaan ini adalah sebagaimana yang Nabi SAW  sabdakan dari lanjutan hadis di atas, “Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
 
Alangkah ruginya kita, jika amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

Bacaan sayyidul istigfar (penghulu istighfar)  ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam bacaan ini juga terkandung kemurnian ibadah dan  kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat megharapkan kepada Allah SWT. Sehingga bacaan zikir ini melebihi bacaan istigfar lainnya kerana keutamaan yang dimilikinya.
Semoga penghulu istighfar ini dapat kita amalkan setiap hari secara istiqamah.

Amalkan selawat Nabi SAW :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim-0408]

. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى  مُحَمَّد وعلى آلِ  مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى  إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ  إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ  مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى  إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ  إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد .

Maksudnya : “ Ya Allah limpahkan selawat-Mu kepada  Muhammad dan  kepada keluarga Muhammad. Sebagaimana Engkau telah limpahkan selawat kepada  Ibrahim dan juga kepada keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia."

Ustz: Abu Basyer

Exam 2016

Exam date 2016

Friday, September 4, 2015

Corner Lot, TTDI Jaya Shah Alam

Advertiser Says

Shah Alam, TTDI Jaya,U2 2sty Corner lot house 4r 3b for Rent.

Near:
- Politeknik Shah Alam, MSU, PTPL,
- Stadium, Space U8, Giant, Tesco
- Komuter, Pizza Hut, KFC, Burger King

Easy Access :
- PLUS/NKVE Toll Shah Alam
- Federal Highway
- Guthrie Highway
- Kesas
- Glenmarie/Subang Airport

For more information, please CALL/SMS/Whatsapp owner 012-xxxxxximage: skypec2c://r/204
012-xxxxx

Availability :
September 2015 (1st come 1st serve basis)

Students, Family & company are welcome

Rental : RM1900
Deposit : 2+1 and utilities (500) - nego

Read more at http://www.mudah.my/2sty+Corner+Lot+TTDI+Jaya+Shah+Alam-39539364.htm#R57V2ekiub1C5bsr.99

Sunday, August 16, 2015

KELEBiHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG

TAHUKAH ANDA KELEBiHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??

Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

KAEDAH2NYA :

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:
• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

NASiHAT dari saya, jika semua orang yang berpeluang membaca Nota Ilmu ini, kemudian menghantar @ “share” kepada semua orang yang anda tahu, saya yakin dan percaya, anda mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa di dalam keluarga anda.

Friday, July 24, 2015

Tangga folderable ladder

Nak kena panjat atas naik ke tempat tangli air check plumbing...hair wired dah piping tumab shah alam U2...beli kat mamat di cheras xondo venice high...rm 250..tawar 220....12 feet foldable ladder...

Wednesday, July 22, 2015

Penawar Kencing Tilus

Penawar kencing tikus

Ramai yg tak tau Penawar penyakit kencing tikus.
Penawar yg mujarab yg boleh membunuh kuman kencing tikus serta menyembuhkan si pesakit..
"Ambil beberapa batang serai termasuk daunnya, basuh dan kemudian rebuskan ia.dan beri minum pada pesakit yg terkena virus kencing tikus tu, dgn izin Allah boleh cepat sembuh..!  Ins sha Allah...
Ada pesakit yg telah mencubanya ketika terlantar di hospital, dgn izin ALLAH beliau sembuh, doktor pun terkejut,  hanya air rebusan serai sahaja Penawarnya.. :)
tak sangka kan..? Tapi.. itulah kebenarannya.."
Sila share dgn group lain,mana tau bermanafaat utk kita dgn saudara2 kita di masa akan dtg ye.

Wednesday, July 8, 2015

Cara CuCi Kilat Mozek & Tile

Cara nak cuci mozek kotoran degil. Nak putihkan yang dah hitam itu senang saja. Nanti cuba buat sebab murah, mudah dan senang saja.
7 cawan air + 
1/2 cawan soda bikarbonat + 
1/3 cawan jus lemon atau limau nipis + 
1/4 cawan cuka buatan. 
Isi dalam botol spray. Spray-spray saja. 
Tunggu seminit dua. 
Lepas itu terus mop. 
Kalau dalam bilik air, beruslah lantai itu. Comfirm berkilat.

Cara CuCi Kilat Mozek & Tile

Cara nak cuci mozek kotoran degil. Nak putihkan yang dah hitam itu senang saja. Nanti cuba buat sebab murah, mudah dan senang saja.
7 cawan air + 1/2 cawan soda bikarbonat + 1/3 cawan jus lemon atau limau nipis + 1/4 cawan cuka buatan. Isi dalam botol spray. Spray-spray saja. Tunggu seminit dua. Lepas itu terus mop. Kalau dalam bilik air, beruslah lantai itu. Comfirm berkilat.

Saturday, May 16, 2015

Rahsia Pandai BI - Part 2

http://rahsiapandaibi.blogspot.com/

Thursday, 7 May 2015

Boleh Pandai Penulisan BI Dengan Hanya Menyalin Contoh Essays???



 Pertama sekali, JANGAN PERCAYA!

Itu hanya OMONG KOSONG.

Kalau setakat 'menyalin contoh essays' dah boleh jadi Pandai dalam Penulisan BI, pastinya dah RAMAI pelajar yang pandai!

Tapi HAKIKATNYA masih ramai yang nak dapat 50% dalam essay mereka pun susah! Kenapa?

Hah, di sini saya akan kongsikan RAHSIANYA. Saya akan kongsikan Teknik Menyalin Essays yang BERKESAN.

Bukan setakat menyalin sahaja, tetapi ada STEPS/LANGKAH2 lain yang perlu dibuat.

STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau takde jugak, buku apa pun boleh. Asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI sebab itu menunjukkan cita2 kecik. Biar buku besar, jadi cita2 pun besar. Di sini lah BEZAnya Teknik saya dengan Teknik menyalin karangan yang biasa tu. Bagi saya, GIMIK tu penting. Biar buku nak salin tu BESAR, selari dengan hati kita yang BESAR nak tengok anak jadi pandai BI dan kesannya akan membuatkan semangat anak kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya juga, saya cari DIARI LAMA2 kat kedai alatulis yang mereka dah tak boleh jual. Dah tak laku. So saya beli murah2 daripada tokey kedai. Dapatlah dalam RM4/5 untuk diari lama yang tebal lebih 300 m/s saiz F4. Saya namakan buku saya itu Big Blue Book (BBB) sebab kebetulan cover-nya berwarna biru.

STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5 6. Katalah takde duit nak beli buku ni, jangan delay niat nak gunakan teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang diberikan. Cari buku yang ada soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan. Mulakan dari situ.

STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. OK, now di sini satu lagi perbezaan teknik saya dengan teknik orang lain. Di sini saya minta anak murid saya untuk salin AYAT DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat2 setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara Visual, Auditori dan Kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti dalam contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita mengelat!

STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah satu warna untuk highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin tadi. Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini, anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.

STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Now minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam bentuk NOTA, tentang Apakah itu Verbs dan apakah JENIS2 Verbs. Barulah betul2 menguji pemahaman anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./ Sebagai contoh, gambar di atas, anak saya membuat notanya di bawah essay yang disalin. Not bad sebab hampir separuh jawapan yang saya nak, ada dalam notanya.

STEP 6 : Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri MESTI tahu yang manakah verbs dan yang mana bukan. Jika anda tak pasti, mudah sahaja, guna Cambridge Online Dictionary. Ini dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada, dan nak penerangan lanjut  tentang sesuatu perkataan pun ada! Jika anak anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah.

STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya tentang jenis2 verbs yang betul. Again, anda kena tahu apakah itu verbs dan jenis2 verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh minta anak ulang STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang baru. Contohnya seperti di bawah ini.



Dalam Essay #2 ini anak saya telah pelajari daripada kesilapan dalam Essay #1 tetapi masih ada yang tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa. Jangan marah dia. Sebab dia BELUM TAHU. Sebab dia masih belum jelas apa itu verbs. Explain lagi. Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di mana ada JENIS VERBS yang BARU, yang dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root Verb selepas Infinitive 'To'. Maka ambil kesempatan ini untuk ajar dia ilmu baru. Ilmu bukan semuanya dapat diturunkan sekaligus atau pada satu masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran tidak berlaku secara semulajadi. Hanya apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat dimaksimumkan.

Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya kerana anak kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi keran ingatkan dia lagi dan lagi dan lagi.

Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati bahawa ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping itu, dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa PANDAI. Dia mula merasakan betapa mudahnya BI ni.

Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, atau 300x atau 10,000x!

Agak2 anak kita akan PANDAI atau masih tidak pandai seperti teknik salin SAHAJA, macam yang kita minta mereka buat sebelum2 ini?

Anda tahu jawapannya.

Jadi, jom buat!

Please comment jika anda suka/tidak suka dan setuju/tidak setuju dengan apa yang saya tuliskan di sini.

Assalam.



Note 1:
Nantikan TIPS seterusnya selepas ini iaitu bagaimana untuk menggunakan VERBS yang telah di-highlight-kan dalam AYAT SENDIRI pula. Maksudnya bagaimana banyak2 VERBS yang dikenalpasti dalam setiap essays yang disalin boleh diSERAPkan ke dalam otak anak kita dan boleh digunakan olehnya semasa menulis essay dia sendiri sewaktu latihan kendiri dan semasa exam?

Nantikan jawapannya ya...........


Note 2:
Jangan terlepas peluang untuk daftarkan anak anda supaya dapat peluang untuk berguru dan bermotivasi dengan HT Amir. Dengan matlamat Bengkel untuk Mengubah 3S (Semangat,Sikap,Sistem) anak terhadap pelajaran, di bawah tema BEFORE & AFTER. Juga Teknik Belajar berkesan menggunakan Mind Map atau Learning Map agar anak anda terkehadapan beberapa tapak berbanding rakan2 di sekolah.

Daftar untuk Bengkel Bijak Belajar (RM50) + Bengkel Teknik Belajar Peta Minda (RM50) pada harga pakej RM80, bertempat di UIA Gombak pada 17hb Mei ini. Nak tutup dah ni. Details dan Cara Daftar, klik sini → http://bengkelbijakbelajar.blogspot.com/p/daftar-bengkel-terkini-sekarang-sebelum.html


Dictionary Terbaik Untuk Belajar BI



5 Posts Paling Popular

Contact Form

Name
Email *
Message *

Follow by Email

Buku bagus untuk UPSR

From :
http://kedaibukuamir.blogspot.com/

Mengapa buku sains UPSR bagus susah nak cari ??

Rahsia Pandai Cakap BI - Part 1

Taken from :
http://rahsiapandaibi.blogspot.com/2014/12/antara-rahsia-pandai-cakap-bi.html



Rahsia Pandai Cakap BI ada banyak. Terlalu banyak.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa ada 12 cara yang popular, seperti dalam rajah di atas.

In other words the list is not exhaustive. Maksudnya ada banyak cara lain.

Tapi memandangkan itu antara yang popular, maka saya sendiri menggunakannya sebagai starting point untuk mengajar students saya.

Mari kita lihat cara2 tersebut, satu persatu.

Pertama sekali, record yourself speaking English. Ini paling mudah untuk dibuat. Tapi masih ada CARA yang betul untuk merekod. Bukan hentam kromo ya. Bila2 nanti saya akan kongsikan teknik yang betul

Ke-2, dengan Read aloud, especially dialogue.

Hari ini saya telah mengajar teknik ini kepada students saya.

Saya mengunakan dialog perbualan melalui telefon seperti berikut :


Students saya perlu merekod perbualan mereka sendiri berdasarkan dialog di atas. Mereka kena berlakon seolah-olah mereka 2 orang yang berbeza.

Tetapi sebelum itu saya memberi garis panduan berikut untuk mereka ikuti;

[08:29, 10/12/2014] HT Amir: Today saya nak sentuh ttg Etika Perbualan Telefon ya
[08:29, 10/12/2014] HT Amir: 1. Kawal Nada Suara
[08:29, 10/12/2014] HT Amir: maksudnya tak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
[08:30, 10/12/2014] HT Amir: sedang2 shj.
[08:30, 10/12/2014] HT Amir: So sekejap lagi bila saya bagi insyarat boleh call saya, pastikan kawal nada suara ya.
[08:31, 10/12/2014] HT Amir: 2. Jaga rentak/tempo percakapan.
[08:31, 10/12/2014] HT Amir: Ini yg saya maksudkan semalam.
[08:31, 10/12/2014] HT Amir: Maksudnya jgn terlalu laju atau terlalu perlahan.
[08:31, 10/12/2014] HT Amir: Kalau perlahan, bosan.
[08:32, 10/12/2014] HT Amir: Kalau laju, org tak faham.
[08:32, 10/12/2014] HT Amir: Atau org ingat anda nak lari ke mana tah.
[08:32, 10/12/2014] HT Amir: So mcm mana nak pastikan tempo tu sederhana?
[08:33, 10/12/2014] HT Amir: Sebelum call, tarik nafas panjang2, lepaskan, calm down.
[08:33, 10/12/2014] HT Amir: Org yg dapat kawal tempo percakapan akan dipandang sbg org yg berkeyakinan tinggi.
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: Ingat tu ya.
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: 3. Sebut dgn jelas
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: Ini sumber utama markah.
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: Kalau sebutan u jelas, pendengar akan mudah faham.
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: Saya akan beri markah tinggi jika sebutan jelas.
[08:35, 10/12/2014] HT Amir: Setiap perkataan mesti disebut dgn jelas.
[08:35, 10/12/2014] HT Amir: Nak pastikan cara sebutan kita jelas, kita kena belajar cara sebutan yg betul.
[08:36, 10/12/2014] HT Amir: Nowadays dah ada kamus online yg mengajar cara sebutan.
[08:36, 10/12/2014] HT Amir: Saya cadangkan Cambridge Onlone Dictionary. Ada 2 sebutan. UK dan US.
[08:37, 10/12/2014] HT Amir: Ulangsebut beberapa kali untuk dapatkan sebutan terbaik.
[08:37, 10/12/2014] HT Amir: Bandingkan dgn sebutan sebenar.
[08:37, 10/12/2014] HT Amir: Untuk lebih bagus, minta kawan dengar, sama tak dgn contoh.
[08:37, 10/12/2014] HT Amir: Biasanya kalau org lain dengar baru tau elok atau tidak.
[08:38, 10/12/2014] HT Amir: Jika kita sendiri dengar, kita PERASAN kita dah bagus. Hehehehr.
[08:38, 10/12/2014] HT Amir: 4. Telefon pada waktu yg sesuai.
[08:38, 10/12/2014] HT Amir: Jangan telefon org lain terlalu awal pagi atau lewat malam.
[08:39, 10/12/2014] HT Amir: To be safe, tanya mrk adakah mrk free to talk.
[08:39, 10/12/2014] HT Amir: Jika menefon ke pejabat, mungkin rakan sedang ada kerja penting untuk dibuat.
[08:39, 10/12/2014] HT Amir: Jadi pastikan masa itu sesuai.
[08:40, 10/12/2014] HT Amir: 5. Berikan perhatian penuh.
[08:40, 10/12/2014] HT Amir: Etika ini sebenarnya BENAR at all time and situation.
[08:41, 10/12/2014] HT Amir: Prof Muhaya pernah berkata, org yg paling penting dlm hidup kita ialah org yg berada di HADAPAN kita.
[08:42, 10/12/2014] HT Amir: Jadi kalau kita menelefon seseorg, org itu perlu dilayan sebg org yg PALING PENTING dlm hidup kita.
[08:42, 10/12/2014] HT Amir: Berikan sepenuh perhatian padanya.
[08:43, 10/12/2014] HT Amir: Jgn cakap acuh tak acuh.
[08:43, 10/12/2014] HT Amir: Jika kita menerima panggilan juga begitu.
[08:43, 10/12/2014] HT Amir: Org yg menelefon itu org yg paling penting dlm hidup kita waktu itu.
[08:43, 10/12/2014] HT Amir: 6. Jawab panggilan dgn segera.
[08:44, 10/12/2014] HT Amir: Ini jika kita yg menerima panggilan.
[08:44, 10/12/2014] HT Amir: Ini lebih kepada keperluan business.
[08:44, 10/12/2014] HT Amir: Atau sekiranya di rumah, untuk mengelak org yg menelefon menyangka kita tiada di rumah jika kita angkat lambat sgt.
[08:45, 10/12/2014] HT Amir: 7. Gunakan butang menunggu
[08:45, 10/12/2014] HT Amir: Ini jika kita yg menerima juga.
[08:45, 10/12/2014] HT Amir: Atau kita memanggil tetapi ada call lain masuk.
[08:45, 10/12/2014] HT Amir: Setiap call itu penting.
[08:46, 10/12/2014] HT Amir: Jadi gunakan kemudahan yg ada untuk treat setiap pemanggip dgn layanan terbaik.
[08:46, 10/12/2014] HT Amir: Ini juga untuk mengelak org lain mendengar perbualan yg tak sepatutnya dgn org lain.
[08:46, 10/12/2014] HT Amir: 8. Jangan menyampuk
[08:47, 10/12/2014] HT Amir: Tunggu sehingga org itu sudah habis bercakap.
[08:47, 10/12/2014] HT Amir: Baru anda bercakap
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: 9. Berhemah walaupun pemanggil salah nombor.
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: Ini lebih kepada sopan santun secara am.
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: Menunjukkan sikap kita sbg seorg manusia
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: Jika kita jenis org bersopan santun, perkara ini tak perlu diajar
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: Hehehheeh
[08:49, 10/12/2014] HT Amir: 10. Aktifkan Sistem Pesanan Peti Suara
[08:49, 10/12/2014] HT Amir: Jika kita sering sibuk, elok diaktifkan Ssitem Pesanan
[08:49, 10/12/2014] HT Amir: Ini supaya pemanggil dapat meninggalkan pesanan.
[08:50, 10/12/2014] HT Amir: Atau minta mrk hantas SMS.
[08:50, 10/12/2014] HT Amir: jadi itulah 10 etika Perbualan Telefon ya

Kemudian saya merekod suara saya sendiri sebagai panduan buat students.



Semoga perkongsian ini bermanfaat.

p/s: Jika anda berminat untuk jadi student Kelas Perbualan saya, boleh mesej "Nak Join WAC" ke Whatsapp saya di 018 - 227 6438.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Dictionary Terbaik Untuk Belajar BI



5 Posts Paling Popular

Contact Form

Name
Email *
Message *

Follow by Email