Sebab Kenapa Pelajar
dengan Keputusan SPM yang Baik Gagal Memasuki IPTA
Ada beberapa kes yang telah
dirujuk tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang
agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di
dalam program yang dipohon. Untuk itu, satu analisa telah dibuat secara
terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.
Keputusan SPM yang diperoleh 2 calon (contoh kes sebenar)
Keputusan SPM yang diperoleh 2 calon (contoh kes sebenar)
Andaian
untuk pelajar C (aliran sains)
– Digunakan sebagai
benchmark
– Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain
– Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain
Pelaksanaan
Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA
Kementerian Pengajian
Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada
prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah
ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013
tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama.
Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian
pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan
Pengiraan
merit
Sebagai
Perbandingan dan Panduan
§ Walaupun calon A dan calon C sama-sama
mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari
calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
§ Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di
dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C
yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan
perbezaan sebanyak 8.51 markah
§ Walaupun calon B mendapat markah merit yang
agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat
gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program
untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi
syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik,
Kementerian Pengajian Tinggi.
Di UPU, markah merit yang
diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh
pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah
§ Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan
gred A+ akan di ambil kira
§ Jika masih ada tie atau persamaan markah
markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
§ Jika masih ada tie atau persamaan
markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
§ Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk
pelajar yang memohon untuk mendapat tempat
Pelajar sebenarnya boleh
membuat pengiraan sendiri markah merit yang akan diperolehi; Malah pelajar
boleh mula cuba mengira seawal mereka mendapat keputusan peperiksaan percubaan
SPM
Andaian Salah
oleh pelajar
Di dalam kes yang dirujuk
ini calon mengakui beberapa perkara berikut
§ Calon A bercita-cita untuk melanjutkan
pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan
bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah
(double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam
mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah;
Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau
pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
§ Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada
mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai
mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
§ Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B,
tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata
pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang
‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA
Rumusan
dan panduan
1. Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang
terbaik untuk 5 mata
pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
1. Aliran Sains – Matematik; Matematik
Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
2. Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik,
Sains, Sejarah dan 1 subjek lain
2. Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain
– yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang
ingin dipohon
3. Jangan mudah rasa gembira dengan hanya
melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat
gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama
mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang
akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program
pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.
.
Juga Klik :
.
……………………………………………………………………………………..….….……..
Untuk
maklumat IPTA / Universiti / Kolej / Politeknik yang lain, sila klik :
No comments:
Post a Comment