Wednesday, April 13, 2016

Rahsia Lembutkan Hati Anak/Cemerlang Yang Ramai Orang Tak Tahu. WAJIB BACA !!!!

http://www.mariafirdaus.com.my/2015/10/rahsia-lembutkan-hati-anak-yang-ramai.html

Surah Toha Ayat 1-5

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah mudahkan urusan anda, diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Pengalaman Memberi Ceramah Motivasi

Untuk pengetahuan anda, pertengahan tahun ini saya dijemput untuk membuat perkongsian rahsia kejayaan untuk menjadi pelajar cemerlang di sebuah sekolah di Parit Buntar.

Tapi kali ini agak unik, sebab ada ibu bapa sekali.



Perkongsian di salah sebuah dekat Parit Buntar
Dalam sharing yang saya sampaikan tu, saya ada buat sessi Forum selama 15 minit.
Saya jemput 2 ibu bapa yang anak mereka mendapat tempat pertama dan kedua di sekolah berkenaan.
Saya interview mereka secara LIVE untuk mereka kongsikan rahsia macam mana mereka didik anak sehingga anak anak mereka berjaya dalam pelajaran.
Yang menariknya, bukan anak yang disekolah itu sahaja yang cemerlang. Tapi anak anak yang lain turut jadi cemerlang.

Saya rasa, "There must be something different yang dia orang ni buat yang ramai orang lain tak buat."
Antara soalan yang saya tanya, "Puan, boleh tak puan share macam mana puan buat untuk bagi semua anak anak dengar cakap puan?"

Jawapan akak ni, "Saya ada buat satu amalan. Yang mana saya rasa mungkin amalan ni asbab untuk anak anak saya semua dengar kata dan Alhamdulillah jadi anak yang baik setakat hari ini."

Wahhh.... Saya makin suspen nak tahu apa amalan akak ni.
Then.... Akak ni share. 

"Sejak mereka ni kecil, saya amalkan baca Surah Taha ayat 1-5 dan saya baca serta tiupkan kepada mereka ketika mereka tidur. Waktu tu saya doa, Ya Allah. Jadikan anakku anak yang soleh dan mendengar kata"

"Saya rasa mungkin inilah kot yang menyebabkan anak saya dengar kata dengan izin Allah. Alhamdulilah".

Kemudian, saya interview akak yang anaknya dapat nombor 2 di sekolah berkenaan. Salah satu soalan saya, masih soalan yang sama. 
"Apa rahsia akak sehingga dapat melahirkan anak yang baik dan mendengar kata, boleh jadi pelajar cemerlang?"

Anda nak tahu apa jawapannya?
Amazing..... Beliau bagi jawapan yang sama dengan jawapan akak yang pertama tadi. 
Subhanallah. Saya rasa kagum seketika. 
Besar sungguh fadhilat membaca Surah Taha ni. 
* Saya nak anda faham, semua ini berlaku atas izin Allah jua atas kelebihan surah ini.

Pada waktu itu, saya bersyukur. Saya rasa saya belajar sesuatu hari tu. Ia satu ilmu yang baru buat saya.
Bertanya Dengan Emak Saya

Bila saya pulang ke rumah, saya kongsikan rahsia ini dengan emak saya. 
Bagi saya, mak saya punya amalan pun not bad. Alhamdulillah, kami 4 beradik anak kampung dapat jadi pelajar cemerlang di universiti masing masing di luar negara. Mesti ada rahsia mak saya yang tersendiri.
Cuma, saya nak share ngan mak saya. Sebab apa dia tak pernah beritahu saya pasal amalan baca Surah Toha ni. 
Bila balik rumah, saya kongsi dengan mak saya mengenai kisah dua akak di sekolah tadi.
Saya cerita dengan bersemangat dekat mak dan di akhir perbualan kami tu, saya tanya mak. 
"Mak tahu tak sebenarnya pasal Surah Toha ni?"

Jawapan mak saya.
"Kalau hang nak tau, dulu masa hampa semua kecik kecik, masa hampa nak tidur. Mak dok baca Surah Toha tu lah dok tiup kat hampa. Mak dok baca dari hampa kecik sampailah hampa semua besaq."

Fuhhhhhh !!!!!
Terbongkar satu rahsia besar.
Rasanya ini pun mungkin antara asbab mengapa kami anak beranak jadi anak yang baik dan dengar kata ibu bapa. 
Alhamdulillah, kami 4 beradik dapat melanjutkan pelajaran ke UK dan jadi pelajar cemerlang di sana. Semuanya guna biasiswa sahaja, tak minta duit mereka pun.
Lepas tu saya tanya mak saya. 

"Abih tu, awat mak tak habaq dekat Daus pun pasal buat benda ni. Boleh Daus buat dekat budak budak ni.... Tengok Fateh tu, bukan mau dengaq cakap sangat."

Mak saya jawab, 

"Laa... Kan hari tu mak bagi fotostate Surah Toha ayat 1-5 kat hang. Kan mak suruh hang baca. Hang tak baca kaaa?"

Saya jawab kembali.
"Memang la mak bagi. Tapi mak tak cakap betul betul pasal fadhilat dia. Mak cakap hang baca ni tiup kat depa....Daus ingat, biasa biasa aja la... Rupa rupanya, ni amalan untuk lembutkan hati anak jadi dengar kata."

So... Saya belajar ilmu baru hari tu. 
Tindakan Saya

Apa yang saya buat? Terus saya pi cari balik kertas fotostate yang mak saya bagi hari tu. 
Saya tampal tepi katil tidur anak saya. Then setiap kali mereka nak tidur, saya akan baca dan tiup kepada mereka dan berdoa kepada Allah semoga anak saya jadi anak yang soleh dan mendengar kata.
Amazingly...
Subhanallah. Selepas beberapa bulan saya amalkan tips ini. Saya dapat merasakan perubahan pada Fateh. Anak saya yang kedua. 
Kalau sebelum ni dia agak sukar untuk mendengar kata. Tapi kali ini beliau dah agak lembut hati dan mahu mendengar kata kata saya. Sikap dia yang suka mengamuk dulu dan tak nak dengar kata dah berkurang.
Syukur Alhamdulillah. Semua ini berlaku dengan izin Allah. 
Surah Toha itu hanyalah asbabnya. 
Nasihat Saya Kepada Anda

Untuk pengetahuan anda, saya seorang penulis buku. Buku yang saya tulis adalah berkaitan Rahsia Pelajar Cemerlang. Since saya tulis buku berkaitan pelajar, maka ramailah ibu bapa yang menghubungi saya.
Mereka berkongsi dengan saya masalah masalah anak mereka.
Apa yang saya dapat buat kesimpulan, masalah mereka sama. Anak tak nak dengar kata. Ada yang lebih sedih. Anak tak nak bersolat dan anak merokok walau pun baru berusia belasan tahun.
Saya tak dapat nak beri nasihat lebih lebih kepada mereka kerana anak saya pun masih kecil. Cuma saya dapat berkongsi tips dan rahsia yang telah diamalkan oleh orang lain yang dah terbukti berjaya.
Amalkanlah baca Surah Toha Ayat 1-5 dan tiupkan kepada anak. Berdoa kepada Allah. Semoga Allah melembutkan hati anak anak kita. Insya Allah.



No comments:

Post a Comment