Tuesday, March 24, 2015

Child cancer free proton treatment

Ashya's best interests. After they spent four days in a Spanish jail, a British court ruled that they should be reunited them with their son, who was being kept in a Spanish hospital. They then travelled to Prague for the proton treatment. Brett King told the Sun that the latest news on their son's health "has justified everything we have gone through because things are working out for Ashya". – AFP, March 23, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/world/article/child-reportedly-free-of-brain-tumour-after-controversial-treatment#sthash.aBVDsZjA.dpuf

Saturday, March 7, 2015

SPM : sebab-kenapa-pelajar-dengan-keputusan-spm-yang-baik-gagal-memasuki-ipta/

http://www.bumigemilang.com/sebab-kenapa-pelajar-dengan-keputusan-spm-yang-baik-gagal-memasuki-ipta/




Sebab Kenapa Pelajar dengan Keputusan SPM yang Baik Gagal Memasuki IPTA

Ada beberapa kes yang telah dirujuk tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon. Untuk itu, satu analisa telah dibuat secara terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.
Keputusan SPM yang diperoleh 2 calon (contoh kes sebenar)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifeST2uAYJ84S1_EA4ehnJe00u04zv-eOTQOcMB0NupjznLRJEv8CnK0MEbogQA1EH5BAOmMlxptamfzN7-3u33ytAay4F1WbJS4qsFBbYrSNDoVuSfebAYRxQtE9ONxwZnSl2ZXACHMo/s1600/SPM1.png
Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
– Digunakan sebagai benchmark
– Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain
Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA
Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan
Pengiraan merit

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuyE57vLd6Rsf4UXLrxFRrr6q6CsNi0qW3VgvB_HcMnoFija2L8w3mp0hrJuEDC1mlERuccfkgiRMh_NM-5CYfA3GfDOJByICg7HKWsSbSB5W1GInCSJrznrJ7ShiK4B-Z1APWr1zfbjc/s1600/SPM2.png

Sebagai Perbandingan dan Panduan
§  Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
§  Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah
§  Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Di UPU, markah merit yang diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah
§  Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
§  Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
§  Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
§  Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat
Pelajar sebenarnya boleh membuat pengiraan sendiri markah merit yang akan diperolehi; Malah pelajar boleh mula cuba mengira seawal mereka mendapat keputusan peperiksaan percubaan SPM
Andaian Salah oleh pelajar
Di dalam kes yang dirujuk ini calon mengakui beberapa perkara berikut
§  Calon A bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah (double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
§  Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
§  Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B, tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA
Rumusan dan panduan
1.    Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
1.    Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
2.    Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain 
2.    Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon
3.    Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.

.
Juga Klik :
.
……………………………………………………………………………………..….….……..
Untuk maklumat IPTA / Universiti / Kolej / Politeknik yang lain, sila klik :

Mee hailam resepi

Mee hailam content

Tuesday, March 3, 2015

After spm schorlarship full

[04/03 07:19] SYED HUSIN: For those yg ambik result SPM today,  here's some info:

Upcoming Scholarships Opened for Application Very Soon...

9th March 2015 - PETRONAS Scholarships (Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Untuk Lepasan SPM 2014 - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/petronas-education-sponsorship.html)

10th March 2015 - PSD Scholarships for Engineering Programmes Abroad (Biasiswa JPA Untuk Lepasan SPM 2014 - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/program-kejuruteraan-penajaan-jabatan.html)

11th March 2015 - Bank Negara (Pre-University) Kijang Emas & Kijang Scholarships - scholarships.malaysia-students.com/2013/03/bank-negara-pre-university-kijang-emas.html

14th March 2015 - Yayasan Sime Darby (YSD) Pre-University Scholarship Programme (Local) - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/yayasan-sime-darby-ysd-pre-university.html

17th March 2015 - Felda Global Ventures Holdings Berhad Scholarships (Biasiswa FGV) - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/biasiswa-felda-global-ventures-holdings.html

26th April 2015 - UEM Group Berhad Overseas Scholarship Programme - scholarships.malaysia-students.com/2012/03/uem-group-berhad-overseas-scholarship.html

24th April 2015 - Sin Chew Daily Education Fund - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/sin-chew-daily-education-fund.html

26th April 2015 - UEM Group Berhad Overseas Scholarship Programme - scholarships.malaysia-students.com/2012/03/uem-group-berhad-overseas-scholarship
html

Assalamualaikum...
Kami drpd kumpulan batch 30 SAMURA telah menubuhkan sebuah BLOG KHAS untuk lepasan SPM. Artikel2 adalah mengenai PROGRAM yg ada selepas SPM dan ditulis berdasarkan pengalaman2 kami sendiri. Harap korg dpt manfaatkan blog ni sebaik mungkin. Buat masa ini kami berjaya mengumpul 22 artikel drpd 22 pelajar batch kami dan akan ditambah dari semasa ke semasa:

1. AUSTRALIAN MATRICULATION PROGRAM (AUSMAT) @ INTEChttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/australian-matriculation-program-intec.html

2. A-LEVEL PROGRAMME – ENGINEERING @ KMShttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-level-programme-engineering-kms.html

3. PUSAT ASASI SAINS UNVERSITI MALAYA (PASUM)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/pusat-asasi-sains-universiti-malaya.html

4. FOUNDATION IN SCIENCE UITM PUNCAK ALAM (PALAM)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/foundation-in-science-uitm-puncak-alam.html

5. STPM SASTERAhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/stpm-ting-6-sastera.html

6. DIPLOMA MECHANICAL ENGINEERING UITM PASIR GUDANGhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/diploma-mechanical-engineering-uitm.html

7. ASASI LAW UITM @ KUANTANhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/asasi-law-pi005-uitm-kampus-kuantan.html

8. PRE-FRANCE FOUNDATION (SCIENCE POLITIC & BUSINESS MANAGEMENT)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/pre-france-assalamualaikum-formal.html

9. JPA FRANCE ENGINEERINGhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/program-kejuruteraan-jpa-france.html

10. PROGRAM MATRIKULASI (SAINS)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/program-matrikulasi-di-kolej.html

11. A-LEVEL DENTISTRY INDIA PROGRAMME @KTThttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-level-dentistry-india-programme-kolej.html

12. ASASI SAINS PERTANIAN UPM (ASPER)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/asasi-sains-pertanian-upm.html

13. ASASI SAINS PERUBATAN UPNMhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/asasi-sains-perubatan-upnm.html

14. ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS TEKNOLOGI UPNMhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/asasi-kejuruteraan-dan-sains-teknologi.html

15. NEW ZEALAND CHARTERED ACCOUNTACY PATHWAY PROGRAMME @KYSBhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/new-zealand-chartered-accountancy.html

16. UIA Foundation Starter Pack / Bachelor of English Languagehttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/uia-foundation-starter-pack-bachelor-of.html

17. DIPLOMA PROGRAM OF ACTUARIAL SCIENCE @UITMhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/diploma-sains-aktuari.html

18. INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB) –MEDIC IRELAND @KMBhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/international-baccalaureate-101.html

19. INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB) @KMShttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/international-baccalaureate-diploma.html

20. A-LEVEL GERMAN (ALG)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-level-german-alg.html

21. A-LEVEL ARCHITECTURE @INTEChttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-level-architecture-intec.html

22. PRE RUSSIAN PROGRAMMEhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/pre-russian-programme.html

EXTRA - A WARM WELCOMING TO THE NEXT STAGE http://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-warm-welcoming-to-next-stage.htmlII.

THE ART OF RESUME http://stagelain.blogspot.com/2014/12/the-art-of-resume.htmlIII.

THE ART OF/ SCHOLARSHIP HUNTING http://stagelain.blogspot.com/2014/12/the-art-of-scholarship-hunting.html

#Boleh sampaikan kepada anak2 shbt2 & shbh dan semua
[04/03 08:35] SYED HUSIN: kepada sesiapa yang ada family dkt selangor , adik beradik ke , junior ke , kwn ke yang lepasan spm 2014 yg ingin melanjutkan pengajian ke Jordan dan Maghribi , JAIS dah buka permohonan utk dermasiswa :)

boleh download borang di laman web rasmi JAIS, http://www.jais.gov.my 
last hntr borang 20.3.2015 😊

Monday, February 2, 2015

Mission : cari & beli rumah guna pinjaman perumahan kerajaan : Part 1

Pinjaman Perumahan Kerajaan Perbendaharaan Malaysia is the best in the world...
Itu yang aku baca dalam satu blog dalam internet...tapi dalam blog juga ada banyak juga negative comments yang kata prosesnya lambat dan macam-macam issue lagi...tapi bagi aku....as long as we provided and submitted the right documents, should be easier for them to review and speed up the process. Oh yer...yang akan apply nanti wife aku sebab dia kerja gomen, aku kerja swasta

So kat sini aku just nak share aku punya journey membeli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Kalau google dalam internet, ramai juga yang share pengalaman diaorang membeli rumah dengan menggunakan loan kerajaan. Info-info ini telah banyak membantu aku dalam mengetahui selok belok proses membeli rumah guna loan gomen ini. Thanks a lot all the bloggers...

So aku pun nak share jugak pengalaman aku nie, semoga dapat memberi serba sedikit maklumat tambahan dan digunakan sebagai panduan oleh rakan rakan lain pula...sharing is caring..

Ini adalah mission atau criteria aku and wife dalam mencari rumah ini:

1. Jenis rumah : corner lot....anak dah 4 orang...makin membesar...kalau boleh nak ada bilik sorang satu nanti....mula-mula plan nak tinggal kat rumah teres 2 tingkat intermediate yg kami beli few years back di Shah Alam, sekarang disewakan, tapi selepas 10 kali fikir, plan nak cari rumah yang ada extra land yang besar sikit..mana tahu nanti ada rezeki boleh extend rumah tersebut bila anak-anak dah besar boleh buat bilik masing-masing..

2. Kawasan : Shah Alam - first priority, ada jugak tengok2 kat kawasan Bangi etc... Shah Alam nie besar..sampai ke Jalan Kebun area, Bukit Kemuning, Bukit Rimau kami pi survey...budak2 dah boring dalam kereta...siap tanya bila nak beli nie..weekend jer pusing2 cari rumah...contact agent etc
3. Harga : sekitar harga dalam 560k....fuhhhh...cabaran besar nie...kalau survey dalam mudah.my, area Shah Alam, especially 'hot area' Seksyen 7,8,9,10,11,12,13etc...kalau corner lot 700k ++, 800k ++...kalau Bukit Jelutong lagi ler super hot....kalau yang mid-hot around 600k ++..yang dah renovated...yang basic unit maybe less sikit

Some KEY info on Government Loan processes that we need to know, correct if if i'm wrong :

1. Proses apply loan kat BPP Putrajaya cuma akan mula selepas kita dah signed Sales and Purchases Agreement. Kena salinan S&P ni with other supportive documents kat Ketua Jabatan + hardcopy borang permohonan (print out dari website BPP). Maksudnya bila dah jumpa rumah, duit booking mula-mula e.g 2% or 3%  kena keluar poket sendiri, dan duit deposit semasa signed S&P e.g 10% pun dari poket sendiri. Tapi, jika dapat 100% loan, duit ini akan dipulangkan oleh lawyer nanti bila semua process dah selesai.
2. Lawyer - kalau boleh cari lawyer yang dah biasa dengan proses loan government. Yang ini aku cukup risau mula-mula sebab tak tahu kat mana nak cari lawyer yang sesuai. Mujur jumpa dalam satu website after searching a few days yang claimed dia biasa proses government. Tapi kena check betul betul dulu bila start engage lawyer tersebut.
3. Borang permohonan juga cuma boleh hantar selepas dah dapat concern dari pejabat tanah, maksudnya dalam geran title kena tengok ada tulis sekatan atau tak. Biasanya kalau rumah freehold tak ada sekatan, yang leasehold ada sekatan kerajaan negeri, kena apply concern dulu kat pejabat tanah.
3. JPPH - Jumlah loan yang pihak BPP akan bagi bergantung kepada penilaian dari JPPH (Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Hartanah) kawasan tersebut. Contoh kalau kelayakan kita 450k, harga rumah kita beli 440k, penilaian dari JPPH 440k, maka kita akan dapat loan 100% iaitu 440k. So penilaian dari JPPH ini amattttt penting. Kalau penilaian kurang dari harga kita beli, terpaksalah kita top-up balancenya, e.g harga rumah beli 430k, penilaian dari JPPH 410k, walaupun kelayakan kita 450k, pinjaman yang kita akan dapat adalah cuma 410k sahaja, baki 430k-410k = 20k terpaksalah top-up sendiri. So untuk selamat, selepas nego dengan agent atau tuan rumah harga rumah tersebut, sebelum bayar duit booking, better pergi ke JPPH kawasan tersebut untuk tahu anggaran awal penilaian rumah tersebut. Pegawai JPPH tak akan beri exact number penilaian harga rumah tersebut, cuma anggaran awal sahaja based on description e.g nama seksyen, taman, nama jalan etc..Kalau rumah tersebut ada buat renovation kena mention (tetapi renovation yang ada approval dari Majlis Bandaran sahaja yer yang di kira).
4. Insurance - nanti aku update..:)

Mission 1 : Survey Rumah
End Oct 2014,
Aku survey-survey dalam mudah.my, iproperty, propertyguru, filter area Shah Alam, corner lot. Keluar ler listing rumah rumah corner lot kat area Shah Alam....dalam banyak banyak list tu, ..ada a few rumah yang menarik minat aku, print out the details + agent tel number. Ada ler dalam 5-6 rumah yang dalam list. Then aku contact agent salah satu rumah tersebut, setup day and time untuk viewing rumah...hari Sabtu petang 5pm. So hari tersebut aku pun angkut ler wife dan semua budak-budak nak pergi view rumah. Agent nie mula-mula bawa ke satu rumah corner lot, kosong, harga dia cakap owner nak jual 650k, tak ada orang tinggal,.. condition ok, ada renovation dalam tu..tapi kawasan extra land rumah tersebut around 10 feet extra jer....masa view tu anak perempuan aku terkena duri semak samun situ...sampai nak jalan pun tak boleh..kena dukung...huhuhu..bad sign.. :)
Then agent tu bawa pergi satu rumah corner lot lain pulak..tak jauh dari situ. Mula-mula aku and wife tengok rumah dan kawasan sekitar rumah tersebut dah tertarik...hihihihi...tak busy sangat...extra land dlm 20 feet..harga agent cakap 600k....tapi tengok kat luar jer, agent cakap dia tak ada kunci...so aku pun minta agent arrange hari lain untuk view dalam rumah tersebut.