Pertama sekali,
JANGAN PERCAYA!
Itu hanya OMONG KOSONG.
Kalau setakat 'menyalin contoh essays' dah boleh jadi Pandai dalam Penulisan BI, pastinya dah RAMAI pelajar yang pandai!
Tapi HAKIKATNYA masih ramai yang nak dapat 50% dalam essay mereka pun susah! Kenapa?
Hah, di sini saya akan kongsikan RAHSIANYA. Saya akan kongsikan Teknik Menyalin Essays yang BERKESAN.
Bukan setakat menyalin sahaja, tetapi ada STEPS/LANGKAH2 lain yang perlu dibuat.
STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku
karangan yang besar tu. Kalau takde jugak, buku apa pun boleh. Asalkan
besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI sebab itu
menunjukkan cita2 kecik. Biar buku besar, jadi cita2 pun besar. Di sini
lah BEZAnya Teknik saya dengan Teknik menyalin karangan yang biasa tu.
Bagi saya, GIMIK tu penting. Biar buku nak salin tu BESAR, selari dengan
hati kita yang BESAR nak tengok anak jadi pandai BI dan kesannya akan
membuatkan semangat anak kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya juga, saya
cari DIARI LAMA2 kat kedai alatulis yang mereka dah tak boleh jual. Dah
tak laku. So saya beli murah2 daripada tokey kedai. Dapatlah dalam RM4/5
untuk diari lama yang tebal lebih 300 m/s saiz F4. Saya namakan buku
saya itu Big Blue Book (BBB) sebab kebetulan cover-nya berwarna biru.
STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5
6. Katalah takde duit nak beli buku ni, jangan delay niat nak gunakan
teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun
boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang
diberikan. Cari buku yang ada soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok
contoh jawapan. Mulakan dari situ.
STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh
karangan tu. OK, now di sini satu lagi perbezaan teknik saya dengan
teknik orang lain. Di sini saya minta anak murid saya untuk salin AYAT
DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba
masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat
lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat2 setiap ayat sehingga
siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara Visual, Auditori dan
Kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak
sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan
pendek seperti dalam contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu
bermakna anak kita mengelat!
STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah
belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah satu warna untuk
highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin
tadi. Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas.
Pada tahap ini, anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu
verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun
tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.
STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Now minta dia
tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam bentuk NOTA, tentang Apakah itu
Verbs dan apakah JENIS2 Verbs. Barulah betul2 menguji pemahaman anak
tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja
salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./
Sebagai contoh, gambar di atas, anak saya membuat notanya di bawah essay
yang disalin. Not bad sebab hampir separuh jawapan yang saya nak, ada
dalam notanya.
STEP 6 : Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya
anda sendiri MESTI tahu yang manakah verbs dan yang mana bukan. Jika
anda tak pasti, mudah sahaja, guna
Cambridge Online Dictionary.
Ini dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan
bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada, dan nak penerangan
lanjut tentang sesuatu perkataan pun ada! Jika anak anda telah warnakan
verb yang betul, tanda BETUL dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja
verb tersebut dengan menggunakan pen merah.
STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa
dia tertinggal beberapa verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya
tentang jenis2 verbs yang betul. Again, anda kena tahu apakah itu verbs
dan jenis2 verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident,
jadi baru boleh minta anak ulang STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang
baru. Contohnya seperti di bawah ini.

Dalam Essay #2 ini anak saya telah pelajari daripada kesilapan dalam
Essay #1 tetapi masih ada yang tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa.
Jangan marah dia. Sebab dia BELUM TAHU. Sebab dia masih belum jelas apa
itu verbs. Explain lagi. Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di mana ada
JENIS VERBS yang BARU, yang dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root
Verb selepas Infinitive 'To'. Maka ambil kesempatan ini untuk ajar dia
ilmu baru. Ilmu bukan semuanya dapat diturunkan sekaligus atau pada satu
masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran tidak berlaku secara semulajadi.
Hanya apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat dimaksimumkan.
Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal
juga. Hanya kerana anak kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi
keran ingatkan dia lagi dan lagi dan lagi.
Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati
bahawa ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di
samping itu, dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana
jauh di sudut hatinya dia mula berasa PANDAI. Dia mula merasakan betapa
mudahnya BI ni.
Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, atau 300x atau 10,000x!
Agak2 anak kita akan PANDAI atau masih tidak pandai seperti teknik salin SAHAJA, macam yang kita minta mereka buat sebelum2 ini?
Anda tahu jawapannya.
Jadi, jom buat!
Please comment jika anda suka/tidak suka dan setuju/tidak setuju dengan apa yang saya tuliskan di sini.
Assalam.

Note 1:
Nantikan TIPS seterusnya selepas ini iaitu
bagaimana untuk menggunakan VERBS yang telah di-highlight-kan dalam AYAT
SENDIRI pula. Maksudnya bagaimana banyak2 VERBS yang dikenalpasti dalam
setiap essays yang disalin boleh diSERAPkan ke dalam otak anak kita dan
boleh digunakan olehnya semasa menulis essay dia sendiri sewaktu
latihan kendiri dan semasa exam?
Nantikan jawapannya ya...........
Note 2:
Jangan terlepas peluang untuk daftarkan anak
anda supaya dapat peluang untuk berguru dan bermotivasi dengan HT Amir.
Dengan matlamat Bengkel untuk Mengubah 3S (Semangat,Sikap,Sistem) anak
terhadap pelajaran, di bawah tema BEFORE & AFTER. Juga Teknik
Belajar berkesan menggunakan Mind Map atau Learning Map agar anak anda
terkehadapan beberapa tapak berbanding rakan2 di sekolah.
Daftar untuk Bengkel Bijak Belajar (RM50) + Bengkel Teknik Belajar Peta
Minda (RM50) pada harga pakej RM80, bertempat di UIA Gombak pada 17hb
Mei ini. Nak tutup dah ni. Details dan Cara Daftar, klik sini →
http://bengkelbijakbelajar.blogspot.com/p/daftar-bengkel-terkini-sekarang-sebelum.html
No comments:
Post a Comment