http://britishenglishcoach.com/33-ways-to-speak-better-english-without-taking-classes/
Sunday, April 24, 2016
33 ways to speak english
Saturday, April 16, 2016
Tips jawapan temuduga
From fb
Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris
1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)
JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.
2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri
anda)
JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”
3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)
JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”
PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”
4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)
JAWAPAN SALAH:
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field
5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)
JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”
6. What salary are you looking for?
JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”
7. Why should I hire you?
JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”
Wednesday, April 13, 2016
DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) f/b November 3, 2014 ·
Ya Allah, ya Tuhan kami, Kami memohon keampunan-Mu, kami memohon kerahmatan-Mu, kami memohon taufik dan hidayah-Mu ya Allah.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, ya Tuhan kami, permudahkanlah urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada-Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai-Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima-Mu.
Ya Allah, ya Tuhan kami, Ikhlaskanlah hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu-Mu. Tetapkanlah niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana-Mu ya Allah.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu-Mu ya Allah.
Ya Allah, tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan ya Allah. Kami memohon kepada-Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi nanti ya Allah.
Ya Allah, peliharalah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, berikanlah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba-Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada-Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada- Mu, perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah, apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah-Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Anak yang menjadi penyejuk mata apabila kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga-Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka-Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Engkau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah, kami tidak mampu untuk mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan-Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini.
Amin ya Rabbal Alamin.
TAMBAHAN
Ya allah berikanlah kjayaan pd anakku mohd farhan dlm upsr dan anak2 sahabatku sekalian aamiin ya robbal alamin
Amin......ya allah lapangkn, permudahan, tenangkan anak2 ku yang akan menduduki peperiksaan upsr, pt3 dan spm terutamanya.....termasuk lah sahabat2 mereka ya allah......berilah kejayaan yang cermelang
Aamiin...Ya ALLAH kau permudahkan anak gadisku Farah Nurain Binti Mohd Zailani untuk urusan peperiksaan PT3nya bersama kwn2nya dan semoga mndpt keputusan yg cemerlang....Aamiin..
Aamiin...Ya ALLAH semoga anak ku Mohamad Shyamimi Aliff dipermudahkan urusan peperiksaan final kertas akhir subjek SCS bersama kwn2nya pd Jumaat 27hb8 ini,semoga mndpt keputusan yg cemerlang dan dipermudahkan mengenggam segulung Ijazah kelak.....Dan semoga dipermudahkan urusan anakku dialam kerjaya nti,Aamiin Ya RabbilAllamin..
Aamiin Allahumma aamiin...moga anak2 kami yang akan menduduki spm,pt3,upsr dan psra mendapat keputusan cemerlang.Cemerlangnya mereka agar dapat melanjutkan pengajian ke tempat yang paling baik.Agar menyumbang kepada pembangunan Islam dan negara...
ya Allah, terangkanlah hati dan minda anakku MUHD. HAZRIQ AIMAN ketika ujian pt3 dan anak2 sahabatku dlm menjawab soalan2 peperiksaan dan permudahkanlah bagi mereka....aminn ya rabbal alaminn....
Amin ya allah ...ibu dan ayah kena selalu berdoa ketika anak masuk dewan periksa..sekurang kurang nya baca alfatihah kalau ibu dan ayah berkerja jgn putus sampai habis masa ujian tu..ibu dan ayah kena tahu jadual anak ketika anakasuk dewan periksa ..masa anak tengah jawap tu..masa tu lah kena baca al fatihah..sampai habis ujian tu....insya Allah
Itu lah yg saya selalu buat masa anak2 saya nak periksa...sampai skrang pun...alhamdulliah..semua berjaya..3org dah masuk universiti.
Ya Allah.. Ya Tuhanku..PadaMu Aku bermohon agar ankku Nur Khairunnisa Nadia diberi kesihatan yg baik, kelapangan & ketenangan menghadapi PT3.. Kau berilah kejayaan yg cemerlang kpd ankku & juga ank2 sahabatku... aaamiim
ya allah tenangkan hati ank saya yg mengambil peperiksaan ari ni dan juga yg bakal menghadapi UPSR 8,9 n 10 September nanti.aamiin..
Amin ... Amin ya robbalalamin bukakanlah pintu hati anak2ku Untuk menjawab soalan peperiksaan pt3 dan upsr nnti ... Ya Allah Ya Tuhanku aku berserah padamu Ya Allah ...
Ya allah permudahkn ank2 kami..lpnglh dadanya prmudahkn nya utk mnjawap soalan agr lukus dgn cemerlang dlm peperuksaan UPSR & PT3
YA ALLAH..KAU permudahknlah ank2 kami dlm menjawab soalan2 peperiksaan UPSR dan SPM..dan berikanlah mereka kejayaan dn kecemerlangan d dunia dan akhirat...AMIN..
Aamiin...ya Allah smoga dipermudahkn anakku azliana mnjawb soalan UPSR tahun ini.
Rahsia Lembutkan Hati Anak/Cemerlang Yang Ramai Orang Tak Tahu. WAJIB BACA !!!!
Surah Toha Ayat 1-5
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah mudahkan urusan anda, diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Pengalaman Memberi Ceramah Motivasi
Untuk pengetahuan anda, pertengahan tahun ini saya dijemput untuk membuat perkongsian rahsia kejayaan untuk menjadi pelajar cemerlang di sebuah sekolah di Parit Buntar.
Tapi kali ini agak unik, sebab ada ibu bapa sekali.
Saya rasa, "There must be something different yang dia orang ni buat yang ramai orang lain tak buat."
Friday, March 11, 2016
Biasiswa jpa mara lepas spm
Tuesday, March 8, 2016
Minuman cairkan lemak
http://www.ohmymedia.tv/infozon/tips/minuman-yang-menakjubkan-untuk-cairkan-lemak-dalam-tempoh-4-hari-219/
  MINUMAN YANG MENAKJUBKAN UNTUK CAIRKAN LEMAK DALAM TEMPOH 4 HARI Ramai di antara kita yang ingin mencari cara yang paling efektif untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat...  by OMM March 7, 2016 2408 Views  Ramai di antara kita yang ingin mencari cara yang paling efektif untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini. Kepada mereka yang berfikir bahawa mustahil untuk berfesyen dengan baju-baju yang cantik dan “up to date” disebabkan bentuk badan anda berlemak terutama pada bahagian perut,paha dan lenggan?. Disini saya menawarkan minuman ajaib yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk menyiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan. Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut: – 8 ½ cawan air ditapis – 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar) – 1/2 timun, dihiris nipis – 1/2 lemon, dihiris nipis – 12 daun pudina   Cara penyediaanya: Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari. Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan. Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan? Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan. Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi. Timun   Timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan. Halia  Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan. Lemon  Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit. Pudina  Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan. Air  Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan. 211 Shares   CATEGORIESTIPSOLDER ARTICLE BERBAJU JARANG, BERSELUAR SINGKAT. ADIK NEELOFA DIKUTUK LAGI by OMM - Mar 7, 2016 NEXT ARTICLE “HEY!!! BAPAK AKU PUNYA SAMSUNG LA WEY!” by OMM - Mar 7, 2016 TRENDING POSTS PHEWIT 9 Pelacur Yang Paling Popular Di Dunia (9 Gambar) TV Inilah 10 Foto Perkahwinan Yang Paling WTF TV Inilah Wanita Yang Paling Merbahaya Di Dunia TV 5 Tabiat Anda Perlu Elakkan Ketika Memandu Kenderaan Transmisi Automatik TV Kim K Jadi Sensasi Internet Lagi Dengan Gambar Selfie Bogel ENTRI TERKINI MARCH 8, 2016 Adakah Ini Roda Anti-Graviti? MARCH 8, 2016 Campuran Bahan Istimewa Ke Dalam Konkrit Ini Mampu ‘Menyembuhkan’ Keretakan… MARCH 8, 2016 Rakaman Eric Clapton Demo Lagu ‘Tears In Heaven’ Buat Pertama… MARCH 8, 2016 Pengalaman Hampir Mati Yang Pernah Dirakam Guna GoPro MARCH 8, 2016 14 ‘Gameshow’ Jepun Yang Pelik Yang Betul-Betul Wujud  RELATED BY  INFO 11 Punca Berat Badan Naik Dan Sukar Turun Setiap orang sentiasa mendambakan tubuh yang kurus langsing dan potongan badan yang menarik. Ramai yang berpendapat bahawa ia akan membantu meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang apabila berhadapan dengan masyarakat. Maka tidak...  TIPS Anda Sedang Amalkan Diet Tanpa Nasi? Cuba Nasi Goreng Style Cauliflower Ini Tak makan nasi? Sedang diet? Ataupun anda ingin cuba sesuatu yang baru? haaa bagi mereka yang tengah diet atau sedang mengamalkan diet yang sihat, satu menu yang serupa seperti...  TIPS Minum 1 Gelas Jus Ini Setiap Pagi Untuk Kempiskan Perut! Pisang mempunyai banyak manfaat antaranya adalah untk meurunkan tekanan darah, menurunkan berat badan, bertindak sebagai anti kanser, melancarkan sistem penghadaman dan banyak lagi manfaat lain. Kandungan karborhidrat dalam pisang...     HOME PRIVACY POLICY SITEMAP TERMS OF SERVICE
Wednesday, March 2, 2016
Permohonan UPU 2016
http://www.bumigemilang.com/permohonan-upu-sesi-20162017-bagi-lepasan-spmsetaraf/
