Jumpa satu blog ni...baguih...boleh buat reference macamana nak jaga ikan dlm akuarium.
http://penjagaanikanhiasan.blogspot.com/
Saturday, February 16, 2013
Tips bela ikan peliharaan
Birthday farah diyana
Besday farah esok. Hadiah besday dah beli. Apa lagi..ikan and akuarium lor....ptg mummy pi ambik kek red velvet kat kota damansara. Lepas tu pi rumah tok tokwan potong kek sana dgn sepupu2 and pakcik mokcik semua. Satu famili pakai baju color merah. Kong xi fa chai....
Konsert anuar zain..3 dekad
Mlm ni tido kat shah alam. Mummy nak pi tengok konsert anuar zain kat stadium malawati shah alam. Semangat betoi mummy...pi dengan kawan dia..
Dah KO 4 ekor...uwaaaa
Ciannnnn...dah KO 4 ekor ikan yg beli pagi tadi. Baru jer beberapa jam...mungkin sebab air kot...kena investigate nie..
Friday, February 15, 2013
Opsss darwin a.k.a ikan emas nak selamat...
After 3 hours dok dlm akuarium klcc..seekor darwin a.k.a ikan emas macam dah tak larat..huhuhu..suspect sebab aktivity sauk ikan oleh tuan puan dia...kejap sauk keluar kejap sauk masuk...kejap pegang..huhuhu..vian darwin tu...selarang depa nak tukar ikan emas yg remaining 2 ekor lagi jadi darwin..macam macam...
Aquarium KLCC
Hadiah besday Farah 17.02.13. Nak bela ikan. Pagi pagi lagi Daddy, abg Rafiq and kakak Farah dah sampai jln pasar kedai jual ikan peliharaan. Ada 3 kedai bersebelahan di situ. Depa minat aquarium bentuk klcc. Harga 100 after diskaun 90. Ada pump oksigen sekali dlm tu. Mula mula kata nak beli ikan 5 ekor jer..tut tut..20 ekor..seronik amoi tu...penuh akuarium..harga semua ikan rm60... Lepas tu tambah batu yg color color dan batu putih rm3 each. Cecair buang klorin rm 3. Pokok hidup atas kayu rm 8. Dok situ 2 jam sempat tengok tarian naga chinese new year.
Tuesday, January 29, 2013
Creamy Butter Crab / Ketam Masak Mentega Berkrim
Resepi : Creamy Butter Crab / Ketam Masak Mentega Berkrim
Bahan-bahan :-
- 6 batang cili padi
- 6 ulas bawang putih
- 1 tin susu sejat F&N
- 3 biji KUNING telur masin
- 5-6 sudu besar mentega (i suka pakai brand buttercup)
- 5 ekor ketam sederhana besar
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Garam secukup rasa
Caranya :-
- Letak sedikit minyak dan goreng ketam yang telah dipotong dengan api kecil. Tutup kuali dengan tudung kuali dan biarkan lebih kurang 10-15 minit sampai ketam masak. Lepas tu tutup api.
- Sementara tunggu ketam masak, hiriskan bawang putih dan ketukkan cili padi.
- Sediakan kuali yang lain, buka api kecil dan masukkan mentega. Bila mentega dah cair, masukkan bawang putih dan cili padi. Gaul sebentar.
- Tuang susu sejat dan kemudian masukkan kuning telur masin (peringatan: kuning telur masin sahaja tau. Tak sebut langsung part putihnya tau). Lenyek-lenyekkan kuning telur masin tu sampai hancur.
- Sepanjang proses penyediaan ni, pastikan tangan tu sentiasa menggaulkan kesemua bahan tanpa henti.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
- Gaul sehingga sebati.
- Tutup api bila kuah / creamy sudah sedikit pekat dan mendidih. Jangan biarkan terlalu lama mendidih nanti creamy nya jadi kering dan terlalu pekat.
- Sedia untuk dimakan sehingga menjilat mangkuk (eh! Hehehe).

