Sunday, July 28, 2013

Nasi Hadramaut Arab

http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/06/nasi-arab-hadramaut.html

Nasi Arab Hadramaut




Assalammualaikum
Terimakasih buat semua pengunjung terutama yg meninggalkan komen di blog....nanti mama akan buat kunjungan balas ya. Hari ni nak kongsi nasi Arab Hadramaut yg dimasak baru-baru ini utk makan kami sekeluarga.Sejak belajar masak nasi Arab dulu, baru kali ni mama masak di rumah.....baru rajin nak mencuba, padahal bahan2 dah lama beli. Tapi lepas belajar tempoh hari mmg tak beli nasi Arab sbb tekad nak buat sendiri di rumah.
Nasi Arab Hadramaut ni mmg terkenal di sini, kat Msiapun dah terkenalkan nasi ni. Kalau di sini byk restoren yg menjual nasi Arab, boleh call tel, nanti mrk hantar ke rumah, cuma bayar sikit caj penghantaran dlm 2-3 Rm saja....oklahkan dr nak pergi restoren, mencari parking yg mmg susah kat sini, pastu menunggu siap. Cuma yg beli ayamnya nampak merah sikit berbanding yg mama buat, kalau nak tengok nasi hadramaut yg pernah mama beli, boleh klik sini.

Nasi Arab Hadramaut yg dipelajari sama spt dijual di sini, nasinya berwarna kuning dan ayamnya merah sikit dan mkn dgn sos salatah dan timun. Sebelum belajar nasi ni ingatkan guna minyak sapi sbb sbb nampak nasinya nampak berminyak rupanya tidak, tapi masak guna minyak jagung dan air rebusan ayam. Cara masak lebih kurang macam nasi ayam tp ayam direbus bersama bahan2 rempah, air rebusan kemudian guna utk masak nasi. Ayam pula dibakar. Nasi Arab ni mmg mkn tanpa kuah sbb nasinyapun dah ada rasa. Masa belajar nasi Arab, kami diajar resepi utk 10 ekor ayam, jadi bila masak sedikit kena anggarkan. Utk kali ni mama masak 2 ekor ayam dgn 5 cwn beras, dgn resepi yg telah dioleh semula. Ayam tu bila direbus saiznya jadi kecil sikit, so kalau buat 2 ekor ayam, sedang elok utk kami sekeluarga sbb anak2 mmg suka ayam bakar...meratah, cuma nasi mmg lebih.
Ada bahan spt zaafaran dan mellah farolah yg mungkin susah nak dpt di Msia, kalau zaafaran mungkin boleh ganti dg serbuk kunyit/pewarna kuning dan melllah farolah dg pewarna merah...campurkan dulu dg sikit air pewarna berkenaan sebelum digunakan.Mungkin hasilnya tak sama dg guna bahan2 asal tp bolehlah kalau nak mencuba.Satu lagi yg dijual di restoren buat lagi sedap sbb diletak tok aji....masa belajar masak nasi nipun yg mengajar org Arab nak letak aji tp cakap tak perlu sbb ramai yg tak mkn. Tapi bila masak sendiri terpulang pada citarasa masing2, mama mmg tak pernah guna tok aji, tak pernah belipun. Utk resepi penuh spt di bawah yg mama olah sikit dr resepi asal dan kalau nak tengok step by step boleh tengok sini.

Resepi Nasi Arab Hadramaut
oleh;Dapurmamasya

Bahan2 utk ayam dan nasi 
2 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 cawan beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato saiz kecil yg masak - potong dadu
2 biji labu bawang besar saiz kecil - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas

*Rempah A - utk masukkan terus dalam air rebusan ayam 
5 biji buah pelaga, 3 bay leaf,3 btg kulit kayu manis, 5 cengkih, 1 sb ketumbar(debu)/tumbuk,1 sb lada hitam debu(boleh tambah kalau nak pedas),1 sb jintan putih(debu)/tumbuk.

**Rempah B - utk ditumis kemudian.
sukatan sama spt di atas.

1/2 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
1 sk serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik- boleh ganti pewarna merah
1/2 cawan minyak jagung

Cara
1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. Bila mendidih barulah dimasukkan ayam.(Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan lagi sedap)
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan buah tomato dimasukkan dlm periuk ayam.
3. Masukkan *rempah A ke dlm periuk
4.Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam dgn api yg sederhana kuat.
5.Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.Susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.
6. Masukkan **rempah B yg digunakan., 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk lain/kuali.
7.Kemudian barulah diisikan 1/2 cwn minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.
8.Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih. gosok2 dg tangan....beras ni kuning sikit warnanya
11.Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan sikit serbuk za'afaran dan mellah farolah/pewarna merah.
13. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak.
14. Nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.
15. Campurkan 1/3 cawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi, diletakkan bersilang secara X atas nasi.
16. biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.
17. kemudian baru dikacau rata nasi dg garpu atau chopstick.biarkan sekejap.
18. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.tutup periuk dg aluminium foil utk bagi nasi masak, barulah tutup dg tudung periuk.boleh tutup api.biarkan seketika.
(edit sukatan rempah A & B dan sikit step no 6&7- 9.6.2012)

Cara-cara masak ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - mama guna suhu 200' C.
2.Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah(serbuk pewarna merah).Lumurkan juga bhg bawah,keseluruhannya.
3.Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.

Cara untuk sos salatah dan zabadi
Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap.
zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


zabadi ni mcm coleslaw tp guna yogurt


Sos salatah



Nasi Arab mmg tak berkuah sbb nasi dah ada rasa dan dihidangkan dgn lauk yg byk...

No comments:

Post a Comment