1. Teknik Menghafaz Al-Quran ... sila klik untuk melihat link
asal...
PANDUAN UNTUK MENGHAFAZ AL QURAN
PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAL :
1. Membersihkan diri dari segala hadas.
2. Memakai wangi-wangian.
3. Bersugi atau memberus gigi.
4. Berwudhuk.
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan
seharian.
Pastikan tulisan mudah dibaca.
Sebaiknya menggunakan mushaf rasm uthmani.
6. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz Al
Quran.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al
Quran. Waktu yang
dicadangkan:
Selepas subuh.
Selepas maghrib.
8. Pilih guru yang ingin anda perdengarkan bacaan
dan hafalan anda.
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al
Quran.
CARA MENGHAFAZ :
1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang
hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan
bacaan tersebut betul dari segi
tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut
supaya tidak ada kesilapan
setiap kali ianya diulang.
Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah
sebanyak 60 / 30 / 10 /
dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan
ingatan seseorang.
Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya
dihafal dan kekal
lebih lama dalam ingatan.
4. Sebaik sahaja selesai ulangan bacaan tersebut
dan anda berpuashati dengan
bacaan tersebut, mulakan dengan mengulang ayat
yang pertama yang ingin
dihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat
tersebut.
5. Kemudian berpidahlah ke ayat yang kedua. Ulang
langkah yang sebelumnya
sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diiukuti ayat
yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah
dihafal dengan hafalan yang
sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah
yang digunakan pada
ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian
susuli dengan urutan ayat
satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah
seperti ayat satu dua dan tiga
sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan (
cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan sehinggalah
benar-benar yakin hafalan
tersebut sempurna.
10.Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang
dipilih.11.Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu
hafalan
yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru
dengan cara yang sama pada
hafalan yang lalu.
12.Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan
penuh tadabbur dan dengan
penuh kesungguhan serta niat untuk memahami dan
memelihara kalam
Allah.
SELEPAS MENGHAFAL :
1. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam
hafalan. Antara doa yang baik
untuk dibaca :
اﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ارْﺣَﻤْﻨﺎَ ﺑِﺎﻟْﻘُﺮْآنِ وَاﺟْﻌَﻠْﮫُ ﻟَﻨﺎَ
إِﻣﺎَﻣﺎً وَﻧُﻮراً وَھُﺪىً وَرَﺣْﻤَﺔً
اﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ذَﻛﱢﺮْﻧﺎَ ﻣِﻨْﮭُﻤﺎَ ﻧُﺴﱢﯿْﻨﺎَ وَﻋَﻠﱢﻤْﻨﺎَ
ﻣِﻨْﮭُﻤَﺎ ﺟَﮭِﻠْﻨَﺎ وَارْزُﻗْﻨﺎَ ﺗِﻼَوَﺗَﮫُ أَﻧَﺎءَ اﻟﻠﱠﯿْﻞِ وَأَﻃْﺮَافَ
اﻟﻨﱠﮭَﺎرِ
وَاﺟْﻌَﻠْﮫُ ﻟَﻨﺎَ ﺣُﺠﱠﺔً ﯾَﺎ رَبﱠ اﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﯿﻦَ.
“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran,
jadikanlah ia pemimpin , cahaya
dan petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan
, ajarilah kami apa tidak tahu
dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah
malam dan di sebelah siang.
Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan
sekalian alam”.
2. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang
selalu. Pastikan setiap hari
ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang
baru.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan , memahami
makna, hukum dan
hikmah yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah
yang didatangkan dan
berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung
di dalam Al Quran.
TABIAT MEREKA YANG INGIN MENGHAFAZ AL QURAN
1. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan
suci.
2. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan
atau minuman yang
haram, begitu juga yang syubhat.
3. Rajin bangun di waktu malam untuk
berqiyamullail, membaca Al Quran dan
menunaikan solat malam.
4. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang
sia-sia sama ada dalam
bentuk perbuatan atau percakapan serta menjauhi
perkara yang dilarang
oleh Allah sama ada dalam bertuk percakapan atau
perbuatan.
5. Menjaga tingkahlaku dan percakapan
seharian.
6. Rajin berpuasa sunat.
7. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa
kerana Allah bukan kerana
habuan dunia dan sebagainya.
8. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan
manusia.
PANDUAN MENGEKALKAN
HAFAZAN
-Mendirikan solat sunat
Taqwiyatul Hifzi;
· * Membaca ayat yang
telah dihafaz di dalam solat, sama ada solat fardhu atau solat
sunat;
· *Sentiasa mengulangi
ayat-ayat atau surah yang telah dihafaz secara bersendirian atau berteman
sekurang-kurangnya dua jam setiap hari;
· *Menggunakan mashaf
yang sama daripada mula menghafaz sehinggalah khatam hafazan 30
juz;
· *Gunakan Al-Qur’an
yang halamannya dimulai dengan awal ayat dan diakhiri dengan ayat yang tidak
bersambung dengan ayat di halaman berikutnya. Mashaf ini dikenali dengan Mashaf
Bahriyyah;
· *Memberi penumpuan
terhadap ayat-ayat yang serupa atau hampir sama dari segi lafaz dan uslubnya
(mutasyabihat lafziah);
· *Membiasakan diri
dengan menulis ayat-ayat Al-Qur’an dan disemak oleh
guru;
· * Pilih sehari bagi
mengulang ayat-ayat yang dilafaz dalam minggu tersebut dan sehari dalam sebulan
bagi mengulang ayat-ayat yang dihafaz bagi bulan tersebut;
dan
· *Dapat mengkhatamkan
hafazan Al-Qur’an sekurang-kurangnya sekali dalam
sebulan.
No comments:
Post a Comment