Sunday, July 21, 2013

Waktu Haram Melakukan Solat

Solat Sunat Taubat Dan Solat Sunat Hajat
http://harianislam.com/2012/12/28/solat-sunat-hajat/

Soalan

Asslamualaikum Ustaz,Bolehkah Ustaz terangkan berkenaan waktu yang diharamkan melakukan solat...,adakah boleh seseorang itu melakukan solat sunat taubat atau solat sunat hajat pada bila-bila masa.Saya mohon penerangan.terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Waktu yang dilarang mendirikan solat ada lima waktu:
1.         Waktu terbit matahari sehingga masuk waktu Duha (kira-kira 28 minit selepas terbit matahari).

2.         Waktu istiwa’, iaitu waktu matahari terpacak betul-betul di atas kepala (di tengah-tengah langit) sehingga masuk waktu Zuhur (tergelincir matahari) kecuali pada hari Juma’at.

3.         Waktu terbenam matahari (sewaktu matahari menjadi merah hendak terbenam) sehingga masuk waktu Maghrib.

4.         Waktu selepas mendirikan solat fardu Subuh.

5.         Waktu selepas mendirikan solat fardu Asar.

Demikianlah waktu yang dilarang mengerjakan solat. Namun begitu, larangan ini hanya terpakai kepada solat sunat sahaja dan siapa yang mengerjakan solat sunat pada waktu-waktu tersebut adalah tidak sah dan dihukumkan berdosa kerana mengerjakan ibadat pada waktu yang dilarang.
Mengenai mengerjakan Solat Sunat Taubat dan Hajat , kedua solat ini boleh dilakukan pada bila-bila waktu melainkan lima waktu yang dinyatakan di atas. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment