Monday, July 22, 2013

MRSM, IGCSE Program

http://teratakmuslaily.blogspot.com/2013/01/program-igsce-di-mrsm.html

Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan. 

Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan empat program seperti berikut;
  • MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
  • MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  • MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
  • MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.

http://myschoolchildren.files.wordpress.com/2012/11/4-program-mrsm-2013b.jpg


Terdapat 12 buah MRSM sahaja yang menawarkan Program IGCSE iaitu :-
1.  MRSM Tun Abdul Razak
2.  MRSM Langkawi
3.  MRSM Batu Pahat
4.  MRSM Serting
5.  MRSM Tumpat
6.  MRSM Baling
7.  MRSM Kubang Pasu
8.  MRSM Alor Gajah
9.  MRSM Johor Bahru
10. MRSM Parit
11. MRSM Kuantan 
12. MRSM Tawau

 

Apa Itu IGCSE?

apai2igcse

Pengenalan Program IGCSE

lbigcse

Objektif Program Dwi Sijil

objProgDwiSijil

Punca Kuasa IGCSE

puncakuasaigcse 

Kenapa IGCSE?

  • Pengajaran dan pembelajaran dalam IGCSE menekankan pembentukan kemahiran lisan dan praktikal. Ia mengambil pendekatan penyelidikan, penyelesaian masalah, pengaplikasian kemahiran-kemahiran, ilmu dan pemahaman serta kebolehan melaksanakan projek secara individu atau secara berkumpulan
  • Diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai setaraf dengan British GCSE dan International GCE ‘O’-Level exams
  • Ditawarkan melalui University of Cambridge International Examinations (CIE)
  • Digunapakai di lebih 9,000 sekolah di lebih 160 negara
  • Cambridge Learners yang berkelayakan diterima di banyak universiti merata dunia

Cambridge International Examinations (CIE)

cie

No comments:

Post a Comment