Wednesday, April 13, 2016

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) f/b November 3, 2014 · 
 
 DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

Ya Allah, ya Tuhan kami, Kami memohon keampunan-Mu, kami memohon kerahmatan-Mu, kami memohon taufik dan hidayah-Mu ya Allah.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, ya Tuhan kami, permudahkanlah urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada-Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai-Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima-Mu.
Ya Allah, ya Tuhan kami, Ikhlaskanlah hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu-Mu. Tetapkanlah niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana-Mu ya Allah.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu-Mu ya Allah.
Ya Allah, tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan ya Allah. Kami memohon kepada-Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi nanti ya Allah.
Ya Allah, peliharalah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, berikanlah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba-Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada-Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada- Mu, perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah, apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah-Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Anak yang menjadi penyejuk mata apabila kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga-Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka-Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Engkau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah, kami tidak mampu untuk mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan-Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini.

Amin ya Rabbal Alamin.

TAMBAHAN

Ya allah berikanlah kjayaan pd anakku mohd farhan dlm upsr dan anak2 sahabatku sekalian aamiin ya robbal alamin

Amin......ya allah lapangkn, permudahan, tenangkan anak2 ku yang akan menduduki peperiksaan upsr, pt3 dan spm terutamanya.....termasuk lah sahabat2 mereka ya allah......berilah kejayaan yang cermelang

Aamiin...Ya ALLAH kau permudahkan anak gadisku Farah Nurain Binti Mohd Zailani untuk urusan peperiksaan PT3nya bersama kwn2nya dan semoga mndpt keputusan yg cemerlang....Aamiin..

Aamiin...Ya ALLAH semoga anak ku Mohamad Shyamimi Aliff dipermudahkan urusan peperiksaan final kertas akhir subjek SCS bersama kwn2nya pd Jumaat 27hb8 ini,semoga mndpt keputusan yg cemerlang dan dipermudahkan mengenggam segulung Ijazah kelak.....Dan semoga dipermudahkan urusan anakku dialam kerjaya nti,Aamiin Ya RabbilAllamin..

Aamiin Allahumma aamiin...moga anak2 kami yang akan menduduki spm,pt3,upsr dan psra mendapat keputusan cemerlang.Cemerlangnya mereka agar dapat melanjutkan pengajian ke tempat yang paling baik.Agar menyumbang kepada pembangunan Islam dan negara...

ya Allah, terangkanlah hati dan minda anakku MUHD. HAZRIQ AIMAN ketika ujian pt3 dan anak2 sahabatku dlm menjawab soalan2 peperiksaan dan permudahkanlah bagi mereka....aminn ya rabbal alaminn....

Amin ya allah ...ibu dan ayah kena selalu berdoa ketika anak masuk dewan periksa..sekurang kurang nya baca alfatihah kalau ibu dan ayah berkerja jgn putus sampai habis masa ujian tu..ibu dan ayah kena tahu jadual anak ketika anakasuk dewan periksa ..masa anak tengah jawap tu..masa tu lah kena baca al fatihah..sampai habis ujian tu....insya Allah
Itu lah yg saya selalu buat masa anak2 saya nak periksa...sampai skrang pun...alhamdulliah..semua berjaya..3org dah masuk universiti.

Ya Allah.. Ya Tuhanku..PadaMu Aku bermohon agar ankku Nur Khairunnisa Nadia diberi kesihatan yg baik, kelapangan & ketenangan menghadapi PT3.. Kau berilah kejayaan yg cemerlang kpd ankku & juga ank2 sahabatku... aaamiim


ya allah tenangkan hati ank saya yg mengambil peperiksaan ari ni dan juga yg bakal menghadapi UPSR 8,9 n 10 September nanti.aamiin..

Amin ... Amin ya robbalalamin bukakanlah pintu hati anak2ku Untuk menjawab soalan peperiksaan pt3 dan upsr nnti ... Ya Allah Ya Tuhanku aku berserah padamu Ya Allah ...

Ya allah permudahkn ank2 kami..lpnglh dadanya prmudahkn nya utk mnjawap soalan agr lukus dgn cemerlang dlm peperuksaan UPSR & PT3

YA ALLAH..KAU permudahknlah ank2 kami dlm menjawab soalan2 peperiksaan UPSR dan SPM..dan berikanlah mereka kejayaan dn kecemerlangan d dunia dan akhirat...AMIN..

Aamiin...ya Allah smoga dipermudahkn anakku azliana mnjawb soalan UPSR tahun ini.




No comments:

Post a Comment